Saturday, March 12, 2011

ANWAR, JALAN KE PENJARA SIRI I: DRAMA PILIHAN MINGGU INI





Makin hari makin ketara, agenda untuk memasukkan Anwar ke dalam penjara. Dengan memenjarakan Anwar banyak yang akan untung dari segi politik. Pimpinan Parti Melayu Tertua tahu, Anwar adalah agen penghubung (bukan agen Yahudi) kepada perpaduan PAS dan DAP. Di dalam kesepakatan di dalam PR amat penting. Jika PR tidak sepakat dan tidak mampu menari dalam satu irama maka niat nak menjadi Kerajaan Malaysia baik dilupakan sahaja.
Kegalakkan untuk memenjarakan Anwar dapat dilihat bila isu Liwat II ini makin menunjukkan cerita - ceriti yang mengarut umpama lawak komedi. Contohnya, ujian lubang Saiful tiada kesan fizikal kemasukkan tetapi ada kesan sperma. Mungkin kemasukkan berlaku secara batiniah. Atau yang lebih tepat khayalan si penuduh.
Gambar CCTV, yang digembar - geburkan, rupa - rupanya hanya gambar Anwar naik lif. Majoriti rakyat marhain yang mampu dibodohkan ini ingat gambar rabaan alias jilatan alias tikaman maut seperti yang diceterakan.
Nampak gayanya agenda makin terbukti, keterlibatan pelakun - pelakun opera seperti mangsa, doktor, pegawai penyiasat, lif dan apa - apa sahaja hanya mampu mempengaruhi manusia yang kekurangan akal. Mungkin lepas ini watak - watak Pak Menteri, Isteri VVIP, dan hakim bijaksana serta pelakun tambahan baru dapat menjadikan jalan cerita ini lebih menarik.Biarpun kebarangkalian untuk mendapat Anugerah Drama Terbaik, Pelakun Terbaik, Sutradara Terbaik tiada mempunyai harapan. Sekurang - kurangnya dapat mendapat Anugerah Drama Harapan.
Dan khas untuk Mak Cik, Kakak - kakak yang suka berkain merah berbaju putih, TIPAH TERTIPU, TIPAH TERTIPU.
Dan kepada rakyat Malaysia yang masih berakal dan cintakan kebenaran serta anti fitnah, Renungkanlah dan Jauhilah diri dari terlibat dengan Fitnah. Sebab dunia ini makin menghampiri Zaman Ketamatan. Janji Allah akan datang, kerana Allah Yang Sebenar - benar Tidak Memungkiri Janjinya.

Sunday, March 6, 2011

YANG TAHU HANYA...

Keputusan pilihanraya Merlimau dan Kerdau telah diumumkan dan diketahui umum. Nak komen rasa malas pula. Cuma masih ramai rakyat Melayu di kawasan FELDA dan kampung tidak berani untuk membuat perubahan. Biarpun ini zaman internet, tetapi masih ramai Kak Long, Kak Ngah, Kak Chik dan Kak - kak yang mendengar wahyu dari RTM, Media sekutu UMNO, Utusan - utusan Melayu. Itulah mentaliti ramai bangsa ku. Berpolitik untuk diri pada masa kini. Tahniah.
Yang kome tahu, selepas ini Parti Pemerintah dengan penuh bangga akan menaikkan barang keperluan sesuka hati kerana dewa - dewa ini tahu, apa pun yang dibuat, HAMBA HINA DIPERINTAH tetap akan berjuang bermati - matian akan mempertahankannya.

المنكاراقي: Lembu Pun Ada Masanya Jadi Bosan Kalau Asyik Makan Rumput

المنكاراقي: Lembu Pun Ada Masanya Jadi Bosan Kalau Asyik Makan Rumput

Monday, February 28, 2011

KALAU BN MENANG

Pilihanraya di Merlimau dan Kerdau akan menjadi saksi kemenangan BN. Yang pastinya,
Harga Minyak naik lagi, Harga Barang naik lagi, dan naik - naik lagi. Itulah parti keramat BN (Barang Naik). Sebab diorang kata kalau kami jual negara ini pun rakyat tetap bersama kami. Luncai terjun dengan labu - labunya.. Biarkan...Biarkan

Wednesday, February 23, 2011

LEPAS KERDAU, MERLIMAU - BARANG NAIK LAGI

BN telah mengumumkan calun - calunnya di Kerdau dan Merlimau. Dua calun seorang berlatarbelakang agama dan seorang ala - ala korporat la. Dua kawasan ini juga dimaklumkan kawasan Melayu.
Dari rekod, 2 pilihanraya sebelum ini di mana kawasan yang majoriti Melayu kurang memberangsangkan bagi Pakatan Rakyat (PR). Dari ucapan dan majlis keraian calun juga menunjukkan BN telah meraikan majlis kemenangan. Begitu yakin nampaknya BN akan berjaya mempertahankan kerusi tersebut.
Wakil PR sudah tentunya Parti PAS, sebab komposisi kaum Melayu yang majoriti. Strategik PAS samada nak letak calun wanita seperti Tenang atau tokoh hebat parti, kurang akan mendapat sambutan di kedua - dua kawasan. Sebab di kedua - dua kawasan itu memang antara kubu BN. Biarpun PR melihat Kerdau ada harapan, namun kita jangan lupa sumbangan oleh beberapa kawasan Felda yang setakat ini kesetiaannya kepada Parti Melayu Tertua tidak boleh dipertikaikan.
Bagi kedua2 kawasan tersebut, kenaikkan harga barang atau petrol selepas itu, sama seperti yang lain akan membebankan mereka.
Di Semenanjung kedua2 pilihanraya ini adalah yang terakhir. Seandainya ada ADUN @ ahli Parlimen yang meninggalkan kita selepas ini tiada lagi pilihanraya. Biarpun memang kehendak rakyat masa kini menginginkan kematian Tuk Wakil mereka. Rakyat percaya pengorbanan nyawa Tuk Wakil akan menyenangkan mereka. Rezeki dan projek akan datang mencurah2 umpama hujan musim tengkujuh.
Oleh itu rakyat di kedua2 kawasan tersebut, gunalah anugerah rezeki dengan sebaik mungkin. Seandainya kedua2 rakyat di kawasan ini pandai sikit, rezeki akan dapat dikongsi oleh semua rakyat Malaysia, tidak kira agama dan bangsa apapun. Sebab Kerajaan tahu inilah penilaian terakhir sebelum PRU yang seterusnya.
Untuk Rakyat pengundi di Kerdau dan Merlimau, harapan rakyat Malaysia terletak di tangan anda. Ingat jika BN menang, segala - galanya akan naik sama seperti namanya dan rezeki yang anda nikmati hari ini akan hilang nikmatnya. Tetapi jika anda membuat perubahan, seluruh Rakyat Malaysia akan dapat berkongsi kebahagiaan.