Tuesday, September 1, 2009

UNTUNG RUGI PERJUANGAN

Selepas satu hari menyambut kemerdekaan negara Malaysia tercinta, harga minyak pun dinaikkan. Ramai yang mengeluh, biasalah bila minyak dinaikkan kerajaan akan mengeluarkan kenyataan membenarkan penyataannya. Dikatakan harga Minyak Dunia naik, itulah alasan saban tahun sejak 52 tahun lalu. Ada juga Menteri yang kurang cerdik kata, minyak tidak dinaikkan, kita ada pilihan. Memang begitulah alasan Menteri dan Kerajaan. Harga Minyak RON 97 naik, harga Minyak RON 95 adalah sama dengan harga Minyak RON 97 dulu. Jadi harga minyak tak naik tetapi direndahkan kualitinya sahaja. Begitulah cara BN memerintah, rendahkan kualiti, tetapi harga masih sama. Majoriti rakyat akan diam kerana yang penting ada minyak.
Sebenarnya aku malas nak tulis pasal minyak naik, sebab rakyat Malaysia tetap macam itu juga. Tetap membazir, tetap makan rasuah, tetap tak berubah.
Kalau kita pergi pasar Ramadhan, rakyat Malaysia khususnya orang Melayu tetap membazir juga. Membeli banyak - banyak dan membazir. Buka puasa pun sama bagi yang lebih sikit tetap akan berbuka di restoran besar, makan - makan sampai kenyang. Bukannya nak ingat orang miskin atau orang susah. Sama macam tu juga. Tak kira UMNO, PAS dan PKR. Perangai campur tolak je. Bila perlu laungkan perjuangan berlandaskan agama. Bila suruhan agama tak berkenan di hati atau terkena batang hidung, cari alasan agama umtuk membenarkannya. Cuma UMNO paling teruk, PKR tahap sederhana dan PAS kurang.
Jadi tak hairan, lompat melompat bila perlu. Semuanya melompat pasal duit RM. Tak payah lah kata kononnya pasal bangsa dan agama. Jadi tak hairan lah negara kita tetap macam ini. Erti perjuangan apabila menguntungkan. Jika tidak, boleh jalan lah.
Lebih 50 tahun, Malaysia tetap berfikir macam tahun 50 an. Cuma watak dan masa yang berbeza. Mudah diperbodohkan oleh pemerintah. Bukan tak tahu, sebab ada untung. Yang menentang pun bukan menentang kerana prinsip tetapi kerana ada untung juga. Itulah bangsa ku Melayu yang terkenal dengan mencari keuntungan. Yang penting untung.

~penarik beca: Pijak kepala lembu dengan harapan orang lain pijak Quran

~penarik beca: Pijak kepala lembu dengan harapan orang lain pijak Quran

Monday, August 31, 2009

KERENGGA: UBN Najib Altantuya: Allah tunjukkan kejahilan kaum ini.

KERENGGA: UBN Najib Altantuya: Allah tunjukkan kejahilan kaum ini.

MERDEKA DARI KOMUNIS?

Rasanya masih belum terlewat untuk berbicara tentang merdeka. Hari ini tarikh kemerdekaan yang entah ke berapa, aku sendiri pun tak ingat. Biasanya ada juga tertulis di banner yang digantung. Malangnya pada tahun ini aku tidak melihat banner - banner bergantungan seperti biasa. Dan tiada kibaran bendera, cuma sekali - sekala baru terlihat di pejabat- pejabat kerajaan. Jadi aku sendiri pun tak berapa ingat yang hari ini hari Merdeka.
Mungkin semangat Merdeka telah hilang dari UMNO. Sebab bagi ku Merdekanya kita sebenarnya hanya UMNO dan sekutunya sahaja yang merdeka. Sambutan bukannya untuk rakyat jelata tetapi dihidangkan sajian sahaja. Banyak projek yang dilaburkan kepada ahli UMNO semasa hari Merdeka. Di malam sebelum pula, anak - anak muda UMNO dan sekutunya berpesta sakan menjerit melaung MERDEKA sambil berpelukan dengan gadis di bawah umur, dan setin Carlsberg atau Shandy Jolly sebagai penghilang dahaga. MERDEKA yang dilaungkan juga tidak mempunyai apa - apa erti dan makna. Jika ditanya kepada mereka nescaya mereka juga tidak memahaminya.
Inilah MERDEKA yang dicipta dari slogan. Malangnya tanahairku dan rakyat jelatanya.
Jika kita melihat negara lain, mereka begitu berbangga dengan merdeka kerana mereka faham tentang Sejarah. Sedangkan rakyat kita buta sejarah. Sejarah yang diajar hanya penuh dengan penipuan dan propaganda. Akhirnya generasi baru memahami MERDEKA dari sudut yang salah.
Tidak hairan jika anak muda hari ini berkata KITA MERDEKA DARI KOMUNIS. Dan berbangga denga Penjajah kita iaitu BRITISH. Disanjung bagai nak rak. Dipuja pasukan bole mereka dan sanggup berbelanja ratusan mungkin ribuan RM untuk bergaya dengan pakaian, topi. Itulah Merdeka kita. Kita lupa itulah bangsa yang membunuh tuk nenek moyang kita. Yang mencampuri agama kita sehingga generasi kita lupa dan keliru.
Hari ini kita ada TUGU Negara. Lambang kepahlawanan bangsa. Malangnya jika diteliti, kita dapati, wajah mereka wajah PENJAJAH. Bukannya wajah anak bangsa kita. Itulah erti MERDEKA, bertelenggu memperingati askar British yang terkorban untuk memastikan imperialisme di Tanah Melayu.
MERDEKA kita penuh kekeliruan, diceritakan Tunku ke London, berbincang, tawar menawar dan akhirnya diberi KEMERDEKAAN. Mudah dan senang. Hebatnya Tunku, mematahkan dasar dan jiwa penjajah. Sehebat Getaran Jiwa melunakkan hati Kumpulan Ma'unah.
Semakin aku dewasa, semakin ku faham, ini hanya rekaan semata - mata. Telah lebih 50 tahun, Malaysia masih dibelenggu dengan sistem Monarki, Kapitalis, Derajat, penindasan, kezaliman. Masalah kaum masih belum dapat diselesaikan. Ekonomi rakyat masih belum dibanggakan. Sistem pendidikan masih bercelaru. Hak orang miskin dan susah masih belum ada keinginan untuk diselesaikan. Islam masih ditakuk yang menyedihkan. Pelaksanaanya dipolitikkan.
Inilah MERDEKA bagi rakyat Malaysia.
Dan tidak hairan, satu generasi akan datang akan bermadah, sebenarnya kita MERDEKA DARI KOMUNIS. Tidak mustahilkan. MALAYSIA BOLEH.