Thursday, August 6, 2009

POLITIK MELAYU, PARTI MANA NAK DIHARAP?

Politik, bukannya perkara baru. Zaman berzaman, semenjak mula manusia berkomuniti, maka wujudlah politik. Rasulullah juga mengajar kita tentang politik. Bermulanya krisis umat Islam apabila berlaku pertembungan antara Sayyidina Ali dan Muawiyah. Tidak mampu untuk berkata mana betul atau salah, kerana para sahabat pun ramai yang menarik diri dari politik.
Dewasa ini, politik bangsa Melayu masih huru - hara. Parti mana nak diharapkan agar dapat terus membela bangsa dan agama. Sebab dalam konteks Malaysia, majoriti yang berbangsa Melayu adalah beragama Islam. Biarpun ada sedikit - sedikit bangsa lain beragama Islam. Hatta PAS pun tidak berani nak menolak Melayu 100% kerana tahu akan hilang undi. Biarpun PAS mendakwa memperjuangkan Islam, namun sokongan utamanya adalah dari pengundi Melayu. Dan PAS sendiri pun terpaksa berkompromi dengan hukum fekah untuk mengiakan dan menjaga sentimen pengundinya.
UMNO pula yang sinonim dengan Melayu, nampaknya telah hilang arah tuju. Parti ini lebih menjuruskan mencari kekayaan individu dan kuasa. Dengan adanya kuasa, pelbagai agenda dapat diatur. Dapat menyeleweng, dapat salah guna, dapat kumpul kekayaan. Akhirnya majoriti Melayu Islam terus berada di kelompok kemiskinan dan kesusahan. Jika dinilai dari segi prestasi, parti ini hanya menyumbang kemiskinan kepada orang Melayu biarpun mendakwa pembela orang Melayu. Prestasi dalam mempertahankan Islam juga tidak memuaskan, bab aqidah makin terhakis. Budaya juga begitu. Pemimpin parti ini tidak berminat melainkan mengumpul kekayaan dan kemewahan.
PKR pula Parti yang sinonim dengan perjuangan Anwar. Parti yang idealistik tetapi dari segi praktikalnya tak tahu lagi. Parti ini tidak berasaskan kaum tetapi berasaskan prinsip, namun majoriti pendokongnya adalah orang Melayu. Memandangkan parti ini tidak meletakkan slogan membela bangsa atau agama, pengundi bukan Melayu tidak takut memberi undi, khususnya di kawasan bandar. Malangnya parti ini juga masih bercelaru dengan pelbagai masalah dalaman. ahli yang tidak tahu arah perjuangan. Tiada jati diri. Parti berbilang bangsa, setiap kaum mempunyai agenda masing - masing untuk kaum masing - masing. Parti ini kena lebih banyak mentarbiyyah ahlinya. Jika tidak hanya menjadi batu loncatan orang tertentu sahaja.
Inilah lakaran politik Melayu hari ini. Nak harapkan kepada parti politik untuk menegakkan syariat Islam, mungkin pada PAS tetapi pada pentadbiran tak tahulah. Nak diharapkan pada UMNO, rasanya hanya menguatkan sistem diktator dan feudal, rakyat tetap terpinggir. Nak diharapkan pada PKR, banyak yang masih tidak jelas. Takut Islam dan bangsa tergadai.
Rakyat awam macam aku terus keliru, mungkin tak layak untuk berpolitik. Tetapi selagi ada kezaliman, aku tetap terus berjuang. Berjuang membebaskan manusia dari kezaliman.

~penarik beca: RM50 bilion saham Bumiputera hilang akibat demonstrasi anti-ISA

~penarik beca: RM50 bilion saham Bumiputera hilang akibat demonstrasi anti-ISA

Wednesday, August 5, 2009

SELAMATKAN ISLAM @ KERAJAAN PR SELANGOR?

Se - Dua Minggu ini, kita dihujani dengan isu. Pelbagai isu dari masalah dalaman PR, BN dan Isu Demontrasi Jalanan. Mungkin inilah barakah kepimpinan TUK JIB, berjaya mendapat rahmat masalah bertimpa - timpa. Kalau nak menulis isu, rasanya tak sempat nak buat kerja lain. Jadi kenalah kita mengagihkan masa, berdiskusi satu persatu.
Isu yang menarik bagi ku ialah Isu dalaman PR di Selangor. Kisah Ronnie Liu dan tak lupa juga buat Jeff Ooi di Penang, Setiausaha Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Isu antara PAS dan DAP. Berkaitan campurtangan Ronnie Liu, pasal arak. Jika ditanya untuk menyelesaikannya, buang dan pecat sahaja Ronnie Liu. Sebab dia tak faham tentang sensitiviti umat Islam yang menyokong PR. Kalau diua masih nak pertahankan isu arak, dia boleh masuk MCA sebab di sana ramai orang Islam yang sokong arak dijual secara terbuka. Orang Islam yang menyokong PR memang tidak bersetuju sama sekali arak dijual secara terbuka.
DAP kena faham, jangan duduk berangan, boleh menang pilihan raya jika tiada sokongan umat Islam yang sanggup memberi undi kepada mereka. Umat Islam yang baik ini menolak UMNO kerana UMNO tidak mampu membawa aspirasi mereka. Sekiranya DAP tidak sanggup bersetuju atau memahami apa yang diinginkan oleh golongan umat Islam yang baik ini, rasanya DAP tidak layak duduk di dalam Pakatan Rakyat.
Dalam isu ini, Ronnie Liu telah melampaui batas. Sanggup mengeluarkan arahan dan mengganggu PBT melaksanakan tugas mereka, tugas yang sentiasa diinginkan oleh umat Islam yang baik yang menyokong dan memberi undi kepada PR. Ronnie Liu tak layak menjadi Exco. Sebab dia tak mampu melaksanakan tugas dengan baik. Sekiranya dia berhajat untuk mengambil hati kaum Cina sahaja, lebih baik masuk MCA. Teras umat Melayu adalah agama. Banyak adat Melayu yang bertentangan disingkir dan tidak diamalkan. Umat Melayu mungkin berjahat semasa muda, tetapi bila di ambang senja kembali ke agama mereka semula. Jika mati ingin dikuburkan di perkuburan Islam, nazak diakhiri dengan kalimah, dan bacaan Al Quran mengiringi kematiannya. Itulah uniknya umat Melayu Islam. Umat Melayu Islam yang menyokong PR pula lebih lagi kecenderungan mereka kepada agama. Jadi itu adalah teras keyakinan dan kepercayaan mereka.
Malangnya Ronnie Liu memang bodoh dan bebal, kerana tidak mampu memahami. Mungkin ada agenda tersembunyi atau dikawal oleh golongan peniaga? Cara terbaik jangan beri Ronnie Liu kuasa, nescaya dia termangu. Desak MB Selangor gugurkan Ronnie Liu, itu sahaja cara untuk SELAMATKAN KERAJAAN PR DI DISELANGOR. Jangan apabila terhantuk baru nak tergadah.
Jeef Ooi pula memang bodoh dan tidak berpengetahuan, melabelkan JIM sebagai sebuah pertubuhan yang ekstreem. Nampak sangat DAP gagal untuk meletakkan orang berkaliber dan mampu mentadbir rakyat berbilang kaum.
Mungkin ini juga kesan kerana UMNO telah menghina agama mereks sendiri. Akhirnya bukan Islam bersangka buruk kepada agama dan orang Islam yang baik.
Orang Islam yang baik sanggup menolak politik sekiranya agama mereka dirasakan terancam. Jika dirasakan Islam berhadapan masalah di Selangor kerana Si Ronnie, rasanya tidak perlu dipertahankan Kerajaan PR. Selamat Islam adalah lebih penting dari Kerajaan PR.
Kepada pemimpin PR khususnya Saudara Anwar dan Khalid Ibrahim, buatlah sesuatu sebelum terlambat.

.: Kenyataan Penuh Dr Hassan Ali

.: Kenyataan Penuh Dr Hassan Ali

Tuesday, August 4, 2009

GUGURKAN RONNIE LIU?

Dengar khabar pergolakkan di Negeri Selangor. Dengar khabar juga Ronnie Liu, banyak mencampuri urusan dan mengganggu pentadbiran Negeri Selangor. Berita terbaru berkaitan arak. Ronnie Liu campurtangan lagi.
Sekiranya benar khabar yang diterima dari laman web.
Apa hebat sangat ke Ronnie Liu ini? Kalau setakat populariti dia, ingat boleh menang pilihanraya. Cara terbaik gugurkan Ronnie Liu dari pentadbiran Selangor. Ini permintaan orang Islam di Selangor. Sebelum PR ditolak, pimpinan kena fikir masak - masak. Jangan sampai jadi barah, lagilah payah.
Pimpinan PR kena tolak Ronnie Liu? Dia tiada kredibiliti nak jadi pimpinan rakyat. Dia layak masuk MCA. Dia tak mampu tadbir rakyat berbilang kaum.
Kesimpulannya pimpinan PR kena buat keputusan yang terbaik sebelum PR ditolak rakyat khususnya orang Islam.

CINA ISLAM (林川興): Siapakah dalam video ini? Apakah TBH disoal siasat begini oleh SPRM?

CINA ISLAM (林川興): Siapakah dalam video ini? Apakah TBH disoal siasat begini oleh SPRM?