Wednesday, July 29, 2009

HARAM DAN SYUBAHAT

Kebetulan bertemu teman lama, seorang ustaz yang alim, lagi wara'. Ketayap tak lekang dari kepala. Janggut ada. Kepala sentiasa bercukur. Jubah juga tidak ditinggalkan. Sering mangajar dari masjid ke masjid serata negeri. Ramai anak muridnya.
Tetapi peristiwa semalam, membuka mataku, tiada manusia yang sempurna dan agaknya inilah dunia akhir zaman.

Di sebuah workshop di pinggir Tanah Melayu,

Bukan Ustaz (BU): Assalam-mualaikum Ustaz.
Ustaz (U): Wa'alaikum-mus-salam. Lama tak jumpa Syeikh. Anta sihat ke?
BU: Alhamdulillah. Macaman dengan alat ganti kereta ustaz. Dah siap ke?
U: Tak lama lagi. Insya'allah. Barang yang dicari dah dapat.
BU: Mana dapat barangan alat ganti tersebut. Ustaz beli kat kedai potong ke? Kat mana?
U: Tak lah. Ana beli sebijik kereta.
BU: Sebijik kereta. Masya'allah. Pasti mahal harganya.
U: Tak lah. Rezeki ana. Ada workshop jual.
BU: Workshop jual ustaz, habis kereta siapa?
U: Kereta tu, tuan punya tak ambil, sebab ada hutang dengan foreman. Tak banyak hutang dia, cuma RM2000 sahaja. Dah lama tak bayar, jadi kebetulan ana tanya, jadi ana belilah RM2000 dari foreman tersebut.
BU: Tak ke naya tuan punya kereta kalau dia tengah kumpul duit. Alih - alih tengok kereta dia tak ada. Tengok barang dalam kereta pun dah hilang.
U: (Diam sahaja)
BU: Dalam hati (Aku yang salah ke? Atau ustaz yang silap hukum. Beli barang dari bukan tuan punya milik. Kerana barang tersebut kita perlukan dan dapat pula harga murah. Tetapi barang yang dijual bukan harta dia, tak kan lah kita sanggup nak belinya)

Moral: Di dunia akhir zaman ini segala - galanya boleh berlaku. Ternyata barang tersebut adalah haram kerana dijual oleh bukan pemiliknya. Barang tersebut dijual dengan harga yang tidak berpatutan langsung dan pemilik pun tidak tahu hartanya dijual dengan harga yang murah. Jika kita berhati di dalam hukum, nescaya kita meminta kebenaran dan menghubungi pemilik sebenar terdahulu. Seorang ustaz yang hebat pun tak tahu nak menilai haram dan syubahat. Apatah sangat orang awam macam aku. Nescaya main langgar sahaja. Dan perkara ini menyedarkan daku, dunia sudah sampai ke penghujungnya. Hanya kepada Allah kita berserah dan melindungi kita.

Tuesday, July 28, 2009

TEOH, SPRM, PDRM & KERAJAAN

Teoh bukanlah nama besar. Sebelum kejadian di bangunan SPRM, ramai yang tak kenal siapa beliau. Tetapi mendiang juga bukanlah tiada nama langsung. Kedudukan sebagai setiausaha Exco, menunjukkan peranan mendiang di dalam masyarakat. Sumbang bakti mendiang dan kerja - kerja masyarakat sedikit banyak memberi kesan kepada rakyat. Takkanlah Exco tak buat kerja kebajikan langsung. Yang pastinya di kawasan dan sesiapa yang berurusan dengan Exco pasti pernah terjumpa dan bersua dengan Teoh.
SPRM pula berperanan untuk mencegah rasuah di Malaysia sahaja. SPRM tidak berhak mencegah rasuah walaupun di Singapura, kerana kuasa yang terbatas. Kerja pegawai SPRM menyiasat rasuah samada berlaku atau tidak. Tidak kira jabatan mana, agensi mana jika ada lapuran rasuah pasti akan disiasat. Itu secara teori atau ikut buku. Tetapi di dalam dunia sebenar di tanahair tercinta ini tidak berlaku. SPRM tak siasat kalau rasuah dari golongan Parti Keris Tak Bersarung. SPRM takkan nak siasat Menteri. Kalau siasat pun sekadar siasat sahajalah. Tak kan nak panggil Menteri beri keterangan jam 5 ptg sampai 12 tengahari. Silap - silap SPRM pergi Pejabat Menteri atau sambil minum kopi kat kopitiam buat siasatan. Sebab kalau SPRM begitu tegas, tak kan lah rasuah dalam Malaysia boleh tahan juga. Dulu - dulu ada dengar juga cerita, pegawai BPR (nama yang dulu sebelum perubahan)yang dapat projek - projek kecil. Dengar khabarnya mudahlah sikit.
PDRM pula terkenal dengan kecekapan dalam siasatan jenayah. Pantang berlaku kes jenayah, PDRM akan berdepan dan menyelesaikannya. Bagaimana dia buat siasatan, itu orang awam macam saya tak perlu tahu. Yang penting kes jenayah selesai. Biarpun ada sikit - sikit kes yang tak selesai, seperti kehilangan budak - budak. Tetapi kalau kes berkaitan dengan politik, liwat, terutamanya yang terlibat selain dari Parti Keris Tak Bersarung pasti dapat dikesan. Hatta kesan mani atas tilam pun mampu dicari. Apatah lagi bulu pada tubuh manusia.
Cuma kebelakangan ini agak celaru sedikit. Teoh mati dalam soal - siasat. Adakata selepas soal - siasat tetapi tak keluar bangunan lagi. Ada kata semasa soal - siasat. Tetapi itu tak penting. Yang penting Teoh mati dalam bangunan SPRM. Malangnya SPRM yang begitu cekap selama ini, tetiba jadi tak cekap. Hilang arah, tiada maklumat. Habis disiasat sehingga orang yang tiada dalam bangunan SPRM semasa kejadian juga disiasat. Atau mungkin ini hanya tektik mengelirukan musuh. Entahlah. Tetapi sehingga hari ini tiada tangkapan. Yang lebih malang lagi, dalam bangunan SPRM rasanya tak lah ramai sangat kakitangan. Mungkin lepas ini pekerja di bangunan bersebelahan juga akan disoal - siasat. Mungkin ini tektik membodohkan rakyat. Entahlah.
Mungkin bukan kesimpulan tetapi andaiannya jika kita manusia yang bukan Menteri, atau orang penting dalam Parti Keris Tak Bersarung, keselamatan dan hak kita boelh terabai. Kita mungkin boleh jadi korban pembunuhan, rompak, rogol dan pelbagai jenayah yang menimpa tanpa adanya siasatan yang dapat membela. Mungkin benar mungkin salah? Tetapi dengar - dengar, seorang bekas MB dulunya ada beli rumah harga 3.5 juta tetapi tak kena siasat pun. Bawa lari duit Persatuan khabarnya dekat 10 juta, tiada siasatan pun. Mungkin dia dari Parti Keris Tak Bersarung, jadi banyak keistimewaannya.

Monday, July 27, 2009

ISU PR DAN RAKYAT

Isu politik, dalam seminggu ini tiada yang panas. Isu Teoh pun masih belum mendapat pembelaan yang sewajarnya. PR masih tidak berupaya melonjakkan isu ini menjadi isu nasional. Kematian Teoh semasa di dalam jagaan SPRM bukan satu isu kecil. Ianya tidak sama dengan isu Kugan yang mati dalam lokap polis. Teoh bukannya penjenayah tetapi seorang PA kepada Exco. Kematiannya perlu dibela dan pembunuhnya perlu dihukum. SPRM tidak boleh lepas tangan. Ini akan menggugat intergriti pihak Kerajaan sendiri.
Cuba bayangkan jika terkena batang hidung sendiri. Macamana perasaan dan tindakan kita?
Biarpun Tuk Jib berjanji akan mengambil tindakan segera, namun tiada yang positif setakat ini. Suruhanjaya DiRaja yang ditubuhkan bukannya dapat menyelesaikan isu ini, tetapi hanya menyiasat tentang kaedah soal - siasat. Nampak gayanya pemimpin PR kena lebih agresif, bukan bila isu politik baru nak bangkit. Itupun hangat - hangat tahi ayam. Mungkin PR masih bermasalah dengan pimpinan yang berkualiti. Itu sebab jadi begini. Pemimpin PR diperingkat pertengahan tak tahu apa nak diperjuangkan. Alih - alih cari ruang sendiri, cari makan. Moga - moga ada offer dari UMNO. Boleh jadi jutawan segera.
Pemimpin PR patutnya bangun berceramah dan menwar - warkan isu ini. Tetapi malangnya pemimpin PR pun banyak yang jenis malas, syok sendiri. Tak tahu nak buat apa? Kalau macam ini macamana nak suruh rakyat letak kepercayaan nak tadbir negara? Akhirnya semua diserahkan kepada Pegawai Kerajaan yang korup juga.
Pemimpin PR fikir lah sendiri, Jangan duk Syok sendiri.

Saturday, July 25, 2009

PECAH DAN PERINTAH

"Pecah dan Perintah' inilah motto pegangan penjajah British di Tanah Melayu dan jajahannya. Konsep ini amat berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Konsep ini yang sering digunakan dengan jayanya. Di Tanah Melayu selepas Perang Dunia II, ada 3 bangsa yang utama. Melayu, China dan India. Setiap bangsa mempunyai agama, bahasa dan adat yang berbeza. Di sinilah jarum lebih mudah ditanam. Sentimen tidak mempercayai sesama sendiri memang telah ada kerana persamaan yang nyata amat sukar dicari. Jika ingin diurai sejarah silam memang amatlah payah, kerana banyak keputusan telah ditentukan.
Konsep ini terus diamalkan oleh pemerintah yang seterusnya, kerana ia akan menjamin keterusan pemerintahan parti - parti tertentu di Malaysia. Biarpun beberapa dasar dibuat tetapi tidak cukup kemas dan teliti untuk memastikan perpaduan dapat terus berterusan. Sentimen perkauman dan bangsa mengatasi keyakinan kepada prinsip - prinsip teras keadilan sejagat. Seperti sedia maklum konsep ini juga tidak akan dibuang seratus - peratus kerana ada kepentingan tertentu dan kehendak manusia sendiri yang suka kepada perkauman.
Konsep ini mampu dikurangkan sekiranya teras asal iaitu keadilan sejagat. Manusia mempunyai moral yang sama, tidak suka keganasan, kesakitan, penyelewengan, rasuah, ketidakadilan dan banyak lagi yang sama. Jika diwar - warkan sesatu bangsa itu berbeza, itu adalah kenyataan yang tidak waras. Sejak manusia dijadikan, manusia tahu membeza mana yang baik dan buruk. Dan kajian agama juga membuktikan nilai moral adalah sama. Mungkin hukuman dan kepercayaan yang berbeza. Sebagai contohnya mencuri adalah salah bagi setiap agama dan hukum akal manusia.
Bagi golongan pemerintah 'Pecah dan Perintah' adalah baik. Mudah kekalkan kuasa. Selagi setiap bangsa tidak dapat disatukan. Sifat saling curiga mencurigai ada, selagi itulah setiap kaum tidak mampu berfikir secara normal dan waras. Selagi itulah parti tertentu akan menang. Jika Pakatan rakyat berhajat mahu berkuasa, konsep 'pecah dan perintah' perlu dihapuskan dahulu dari pemikiran pengundi.

CINA ISLAM (林川興): Konspirasi Kematian Michael Jackson

Baca dan fikirkan. Benar atau salah, saya tak tahu.

CINA ISLAM (林川興): Konspirasi Kematian Michael Jackson

Wednesday, July 22, 2009

MISTERI KEMATIAN (2)

Malam tadi Tok Jib umumkan Suruhanjaya Diraja. Orang awam macam aku manalah tahu Suruhanjaya Di Raja ke atau tidak? Musa Hassan kata jangan buat spekulasi sebab dalam siasatan.
Aku ini hanya orang awam. Aku pun tak tahu apa itu SPRM dan peranannya. Yang aku tahu dia sioasat pasal rasuah. Bila ada kes rasuah dia siasat. Macamana dia siasat itu aku tak tahu. Ada orang kata deme guna kekerasan. Itu aku baca dalam suratkhabar dulu - dulu. Kalau suratkhabar tipu, aku pun tipu.
Tetapi sebagai manusia, aku mula berfikir. Sebab aku manusia, bukannya lembu. Mengapa kalau siasat tanya soalan, orang boleh jatuh. Takkan lah jawab soalan sampai jatuh bangunan. Melainkan kena jawab soalan di birai tingkap. Kalau di atas kerusi, takkan sampai jatuh. Lepas tu kenapa sampai berjam - jam tanya soalan hingga orang tak boleh tidur. Kan pelik bagi ku. Kalau tanya sampai tahap itu, aku rasa orang tak salah pun boleh jadi salah. Kalu pasal kes rasuah, rasanya yang penting bukti. Kalau ada bukti adalah rasuah, kalau tak ada bukti macamana nak kata orang rasuah. Mana ada orang makan rasuah kalau tak ada bukti terima duit atau terima barang.
Mengikut suratkhabar lagi ada kongsi gelap. Kalau kongsi gelap, macamana ada dalam bangunan SPRM? Kalau fikir lagi, rasa - rasa aku pun boleh jatuh. Memang pening. Melainkanlah kalau ada anggota SPRM terlibat dengan kongsi gelap.
Akhirnya jalan pintas, sebab aku malas nak fikir, samada Teoh mati angkara makhluk ghaib atau makhluk asing. Jadi PDRM pun senang nak buat keputusan. Cuma kena fikir macamana lak nak terangkan kat rakyat?