Showing posts with label Pasir Putih. Show all posts
Showing posts with label Pasir Putih. Show all posts

Friday, May 15, 2009

UMNO, PARTI HEBAT.

Masih ada Melayu yang mengharap pada UMNO. Tak kira samada dari PAS, PKR atau Melayu tak berpolitik. Selagi ada pemikiran sebegini, maka semakin mundurlah orang Melayu.
Sepanjang saya mengikuti perkembangan politik tanah air, modal UMNO ni mudah, bila tersepit maka berkumandanglah soal Melayu. Keluarlah kata - kata orang Melayu, susah, terperangkap, dah tak ada apa - apa, hanya tinggal kuasa (lagu Warisan), tapi bila keadaan stabil, UMNO akan perlahap segala harta benda Melayu. Orang Melayu banyak jadi mangsa balik. Tapi macam kata - kata pemimpin wahid yang dilupakan, Che Det, MELAYU MUDAH LUPA.
Lepas PAS DIAIBKAN, pelbagai tuduhan semasa krisis Perak, tetiba soal Melayu digunakan lagi. Sedikit sebanyak strategik itu mempengaruhi PAS (bukan 100%), ini dapat dilihat dari kenyataan pemimpin PAS sendiri. Nampaknya ada pemimpin PAS ni, agendanya sama macam UMNO juga. Nak sebut nama karang kena saman. Sedangkan mereka lupa Nizar masih bertungkus lumus memperjuangkan hak PAS dan hak rakyat. Tetapi mereka pula menyeru kepada Melayu (Sembah Sultan. Inilah sebenarnya Melayu yang bermasalah, lebih baik jangan berpolitik. Duduk diam - diam jaga anak bini sudah.
Di zaman Rasulullah, tidak semua sahabat berpolitik. Ada sahabat yang hebat ilmu dan ibadat, tetapi Rasulullah tidak memberikan jawatan kepadanya. Ini jelas menunjukkan tidak semua orang mampu berpolitik. Kadar - kadar la diri masing - masing.
Apa UMNO tak buat? Tipu, Rampas, Ragut, Hina, dan entah apa - apa lagi yang jahat semua dia tulis. Dah lebih 50 tahun, orang Melayu kena tipu dek UMNO. Sampai Sejarah Kemerdekaan pun ditipu. Tak caya, kaji balik sejarah kemerdekaan Tanah Melayu. Tak kan mudah sangat kita kena tipu. Jawapannya mudah, kita mudah ditipu bila kita meletakkan ada bahagian kita disebaliknya.
Semalam Najib dengan angkuhnya, membidas PR memulakannya, konon nak culik 30 orang. Jadi dia culik 3 orang di Perak. Dengar kenyataan Najib betul - betul. Macam mana dia membawa lari tajuk. Tengok dalam keadaan macam ni pun Najib/ UMNO masih tak sedar diri. Tetapi bila diajukan tentang bubar DUN, tak pasal - pasal dia salahkan Sultan lak. Punya harulah. Sultan lak jadi mangsa. Apa lagi UMNO tak sanggup buat, Rakyat kena tipu, Sultan dipermainkan.
Jadi kepada pemimpin PAS yang bermimpi nak tidur sebantal dengan UMNO itu, atau ada janji - janju dengan UMNO rasanya baik keluar PAS masuk UMNO, jadi tak perlu berselindung atas hujah agama.
Tapi ingatlah, apa yang UMNO tak buat, lepas tu dengan awak - awak dicampak keluar.Lihat Ustaz Nakhaei dan pelbagai Ustaz dan tokoh ulama' lagi.
Cukuplah, kemenangan datang dari Allah, tetapi manusia wajib menggunakan strategik dengan betul untuk menang. DAP tidak tentang Islam, jika mereka faham tentang Islam. PKR pun sama. Dari PAS dipermainkan oleh UMNO, dah lebih 50 tahun kena main tapi tak serik - serik lagi, mungkin ada rasa sedap juga kot.
INGATLAH UMNO, TETAP UMNO. DIA TAK KAN BERUBAH, SELAGI KIBLATNYA KEMEWAHAN DAN KESENANGAN.
SEMUA DIPERALATKAN, DARI SULTAN HINGGA KE RAKYAT, MELAYU, CINA, INDIA, KADAZAN, IBAN, DAYAK, ORANG ASAL DAN ........ KENA TIPULAH BRO...

Monday, February 16, 2009

POLITIK MALAYSIA MAKIN MERAPU

Sejak kebelakangan ini, politik Malaysia makin pelik. Penuh dengan dakyah kotor.
Bermula dari lompatan ADUN membawa jatuhnya suatu kerajaan dengan campurtangan Sultan. Wujud 2 MB dalam satu negeri. Rasanya masih belum selesai.
ADUN di Kedah letak jawatan kerana diugut dan tidak tahan tawaran rasuah. Rasanya masih belum selesai.
Tarikh pilihan raya kecil yang sama di 2 negeri.
Kisah ADUN diambil gambar bogel semasa tidur dan disebarkan.
Persoalannya, siapa dan mengapa?
Siapa yang merancang, adakah dia seorang Muslim sejati, Munafik atau Kafir. Mungkinkah dia dari UMNO, PAS, PKR, DAP. Siapapun dia, jelas, ciri - ciri ajaran agama dan moral diketepikan. Pengamal politik seperti ini sudah pasti berpegang kepada mazhab Machivelli. Langgar sahaja janji matlamat tercapai.
Mungkin pelaksana ini seorang yang bertopengkan Muslim tetapi sebenarnya Munafik sejati. Wajarkah kita berpemimpin kan orang seperti ini. Sekiranya inilah wajah pemimpin yang memerintah negara, tidak mustahil akan bekerjasama dengan Yahudi dan Amerika demi kepentingan diri sendiri.
Peranan kita singkirkan mereka dari pentas politik tanahair.
Apabila harta dunia menjadi rebutan, iman diketepikan, apatah lagi jika sememangnya tiada keimanan langsung di dalam hati. Semuanya hipokrit, sifat orang MUNAFIK SEJATI.

Tuesday, June 3, 2008

SUMPAHAN IKAN KEKACANG

Dikisahkan, sebuah kapal pecah di perairan Kelantan, hanya seorang pemuda keturunan Bugis yang terselamat. Dia diselamatkan oleh ikan kekacang dan ditolak ke pantai. Pemuda tersebut pengsan dan dijumpai di Pantai semarak, Pasir Putih. Penduduk tempatan telah membela pemuda tersebut. Apabila sedar, pemuda tersebut membuat sumpahan, anak cucu dan keturunannya tidak boleh makan ikan kekacang, jika dilanggar akan ditimpa penyakit gatal.
pemuda tersebut ialah Tok Bakar @ Wan Bakar.
Inilah adalah salasilah keturunan ku dan asal pantang - larang makan ikan kekacang bagi kami. Cerita ini dipesan dari generasi ke generasi. Setakat mana kebenarannya hanya Allah yang lebih mengetahui. Tapi sehingga ke hari ini aku sendiri pun tak berani untuk makan ikan kekacang.