Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

PAS, UMNO BERSATU. RAKYAT MAKIN MISKIN.

PAS, UMNO bersatu. Rasanya lebih kepada propaganda politik. Biarpun perkara ini pernah terjadi selepas era 13 Mei dahulu, namun untuk berulang kali agaknya tidak mustahil tetapi sukar. Biarpun ada di kalangan PAS yang beria - ia sangat nak bersatu. Almaklum lah bersatu dengan orang kaya, terasa tempiasnya biarpun sedikit. Namun majoriti pimpinan dan ahli PAS akan menolaknya. Bodoh sangatlah orang PAS kalau mudah ditipu oleh UMNO.
UMNO dah nampak jalan penghujungnya. Kena cari tempat berpaut. Pecahkan Pakatan Rakyat sebelum benar - benar kuat. Pecahkan kesefahaman dalam Pakatan. Jika tidak PRU 13 akan menjadi saksi kejatuhan UMNO BN. Keluarkan PAS, nescaya sokongan Melayu akan melonjak keluar. Sebabnya mudah kuasa undi orang Melayu besar. Setakat orang parti mengundi, UMNO tak boleh menang. Yang penting kena dapatkan pengundi Melayu yang tidak berparti, baru ada harapan.
Tetapi UMNO lupa, sumbangan terbaru kerana dapat menyusahkan rakyat jelata yang berparti atau tidak berparti. Menaikkan harga minyak, gula akan menaikkan kos segala - galanya. Seperti sedia maklum, kos - kos kenaikkan telah terasa biarpun beribu kali menafikannya. Rakyat tahu, rakyat ditipu. Luka berdarah akan diingati.
Andainya UMNO dan PAS bersatu, rakyat akan menolak kedua - dua parti tersebut. Biarpun ada segolongan ahli parti yang taksub. PAS akan dilihat sebagai parti pengkhianat. Sama seperti Ulama' Wahabbi yang masuk UMNO. Mereka dianggap sebagai ulama' pengkhianat.
Rakyat tidak bodoh lagi. Rakyat sudah bosan melihat retorik ahli politik. Rakyat sudah bosan mendengar khutbah Ulama' pengampu. Rakyat tidak peduli, jika UMNO pengkhianat kita tolak UMNO. Kalau PAS pengkhianat, kita tolak PAS.
PAS dan UMNO bersatu, hanya lakunan dan retorik kampung. Dua ideologi berbeza. Hanya Sang Pungguk yang rindukan Bulan. Itulah segelintir yang ada.

Thursday, June 24, 2010

ANDAINYA DR ASRI MASUK UMNO....

Tadi terima sms dari seorang sahabat, esuk Dr Asri akan masuk UMNO bersama 40 ulama'. Dah kurang pula. Mula - mula 100 sekarang jadi 40. Setakat mana benarnya tak tahu lah. Jadi kita kena tunggu esuk, betulkah Dr Asri masuk UMNO?
Andainya Dr Asri masuk UMNO, tidak mampu menguatkan UMNO. Sama seperti Dr Asri jadi Mufti, bukan sahaja tidak menguatkan Institusi Islam tersebut bahkan menambah huru - haranya. Semasa Dr Asri jadi mufti, dia banyak mengeluarkan pendapat. Tetapi pendapatnya hanya manambah kecelaruan dalam masyarakat. Hanya golongan yang tak faham agama atau baru berjinak dengan agama sahaja yang kagum dengan Dr Asri. Yang faham, melihat Dr Asri ni kaki membida'ah orang lain je. Yang tak bidaah hanya dia dan gangnya sahaja. Dr Asri dan gang juga mengaku diri mereka golongan salafi, yang lebih tulin kononnya.
Jadi lebih baik Dr Asri masuk UMNO, sebabnya kalau masuk PR akan lebih huru - hara lah PR.
Kalau Dr Asri masuk PR, akan lebih huru- hara PR dengan perkara - perkara kecil. Sebab Dr Asri memang suka bertelagah perkara kecik - kecik.
Umumnya masyarakat tahu Dr Asri ada agenda tersendiri dalam perjuangan beliau. Biarlah dia masuk UMNO, itu haknya. Dan tidak menjejaskan sesiapa pun.
Cuma pandangan saya, parti yang dimasuki Dr Asri akan bertelagah perkara - perkara kecil dan perkara besar ditinggalkan.

Tuesday, March 2, 2010

PENGKHIANAT PKR DAN PAKATAN RAKYAT



PKR bergolak lagi. Malas nak baca dan campur, tetapi mungkin sedikit sebanyak jiwa menentang kezaliman dan penipuan yang wujud dalam diri membuatkan ingin membuat ulasan. Biarpun ulasan ku tidak secanggih ahli politik, tetapi inilah pandangan dan apa yang ada dalam hati ini.
Setiap kali tengok, dalam berita bila ahli PKR keluar parti, adalah rupa Sallehuddin bekas Setiausaha Agung. Siapa beliau ini? Tiada siapa yang tahu asal usul beliau sebenarnya. Mungkin kenalan Anwar. Jadi tetiba ada dalam parti. Itulah cerita 2004, kalau tak silap. Bila kawan Anwar semua disanjung, kononnya beliaulah perunding yang akan menaikkan PKR.
Semalam sempat berjumpa teman dari Utara. Berbincang sedikit pasal politik tanahair dan impak Fairus bila menjadi pengkhianat kepada PKR. Jawapan yang diterima amat melucukan, tiada impak sebab orang sana semua tahu siapa Fairus. Dikenali sebagai anak muda yang malas dan tiada halatuju bagi orang kawasannya sendiri. Benar atau Salah, beliau sendiri dan masyarakat yang lebih mengetahui. Jika benar seperti kata - kata teman tersebut, maka pengkhianatan Fairus tidak mendatangkan mudarat kepada PKR, bahkan mudarat pula kepada UMNO. UMNO akan dicap sebagai parti himpunan orang politik yang bermasalah.
Berbalik kepada hamba Allah, Sallehudin bukan Sallehudin Ayubi pahlawan Islam tersohor. Sudahpasti jiwanya juga tidak sekental sallehuddin Ayubi. Tadi sempat baca kenyataan rasmi S. Husin, beliau bulanlah tidak bergaji. Dibayar RM9000.00 sebulan rupanya. Jadi bercanggahlah kenyataan beliau yang berkhidmat secara sukarela seperti yang diwar - war dahulu.
Di sebalik segala masalah ada gambar beliau. Sudahpasti beliau berperanan dalam pengkhianatan kepada PKR. Jadi siapa sebenarnya beliau. Seorang yang tidak berpuas hati kepada imbuhan yang diperolehi atau seorang yang sememangnya ditanam dalam PKR?
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.