Showing posts with label ISA. Show all posts
Showing posts with label ISA. Show all posts

Monday, October 12, 2009

BAGAN PINANG: ISYARAT RAKYAT?

Bagan Pinang, telah diketahui keputusannya. Samaada suka atau tidak, keputusannya telah ada, ISA SAMAD @ Doraemon, telah berjaya menjadi YB sekali lagi. Biarpun dikecam oleh bekas pimpinan No Wahid UMNO sendiri, namun pengundi Bagan Pinang tetap memilih dan menyayangi beliau. Kesimpulannya terpilihlah beliau menjadi YB dan ADUN Bagan Pinang.
Sudah pasti kedua - dua parti akan membuat post - mortem. PAS akan berpost mortem kekalahan, sementara UMNO berpost mortem kemenangannya.
Seperti biasa politik tetap politik, UMNO terus mendabik dada inilah kebangkitan UMNO dan sokongan rakyat telah pulih ke atas partinya. Ini membuatkan ramai penganalisis politik telus tergelak. Tak akan kerana menang di Bagan Pinang, boleh diandaikan sokongan rakyat telah kembali. Kita tahu NS adalah antara kubu UMNO. Melayu NS, Melayu yang kuat UMNOnya. Mungkin adat perpatih telah mengongkong Melayu NS dan tidak kreatif dalam politik. Melayu NS hidup dengan adat. Maklum sahajalah Adat Perpatih juga berbeza dengan Adat Melayu Negeri lain dan banyak bertentangan dengan Hukum Islam sendiri. Jadi tidak hairanlah Melayu NS Melayu yang toat kepada UMNO. Takut nak buat perubahan, takut kepada perkara baru, kurang dinamik kerana terlalu dikongkong oleh adat yang tak tahu hujung pangkalnya. Itulah Melayu NS.
Jika UMNO menang di NS tak bermakna UMNO akan menang di Perak, Kedah, selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
Undi rakyat kepada UMNO kerana konsep Waghih Kito sahaja, bukannya kerana benar atau salah. Sebab kalau nak kira salah, semua orang tahu ISA memang perasuah. Najib juga mengiakannya. Mana ada orang NS tak tahu Tragedi Bukit Pelanduk? Siapa yang terlibat? Siapa yang untung? Tetapi atas dasar Waghih, jadi pangkahlah juga ISA.
Bagan Pinang bukan penentuan? Kalau nak buat penentuan, rasanya Perak boleh dibuat ukuran. BUBARKAN DUN PERAK, mungkin itu petunjuk jelas sokongan kepada siapa?
Rasanya BN masih belum berani nak BUBARKAN DUN. Takut Zambry tak rasa pula nak jadi MB dah.

Friday, October 9, 2009

WARGA BAGAN PINANG: UNDI PAS TANDA PANDAI BERPOLITIK

Khusus Untuk Warga Bagan Pinang,
Esuk adalah hari pengundian Warga Bagan Pinang. Samada nak pilih PAS atau UMNO. Nak pilih PR atau BN. Nak pilih Zul atau Isa. Wagna Bagan Pinang akan menentukannya. Caranya amat mudah, pergi ke Pusat Pengundian dan Pangkah mana yang berkenan. Mudah sangat. Biarpun mudah tetapi undi kita menentukan siapa yang akan menang. Undi kita akan memenagkan calun mana yang dipilih.
Kalau saya menjadi pengundi Bagan Pinang, Saya akan mengundi PAS. Kerana apa? Kerana PAS parti pembjangkang. Kita tahu Kerajaaan NS adalah BN, Kerajaan PUSAT juga BN. Jika kita undi PAS, sudah pasti Kerajaan BN menggelabah. Kerajaan BN tak mahu kehilangan NS sebab dia kata kubu kuat dia. Sudah pasti segala projek, segala bantuan, segala - segalanya akan dicurahkan dengan lebih besar kerana Kerajaan BN akan merampas kembali dalam PRU13 nanti. Di dalam tempoh tersebut ( 2 @ 3 tahun lagi) penduduk Bagan Pinang akan dilayan umpama Raja. Segala - galanya dibantuankan untuk mendapatkan undi semula. Umpama orang bercinta Sebelum Dapat Berabis Dahulu, Bila dah dapat tinggalkan sahaja.
Inilah formula yang orang Kelantan gunakan. Nak kata orang Kelantan semua PAS, pun bukan. Nak kata faham sangat perjuangan PAS pun tidak, tetapi mereka faham berpolitik. Selagi mereka jadi pembangkang rakyat akan dilayan, jika tidak mereka akan diabaikan. Biarpun Kerajaan Kelantan tidak mendapat layanan istimewa tetapi RAKYAT TETAP DIBERI KEISTIMEWAAN.
Dalam politik, bukan kesetiaan menjnadi ukurana. Politik demokrasi, rakyat diberi peluang semasa pilihanraya. Masa ini layanan istimewa untuk mereka. Lihat sahajalah Bagan Pelbagai dilayan begitu istimewa, kemudahan dan bantuan diberikan kerana ada pilihanraya. Sedangkan selama ini telah 12 kali pilihanraya mereka tidak dilayan istimewa.
Gunakan lah otak yang dikurniakan. Selagi BN tidak mendapat Bagan Pinang, selagi itulah wang ringgit dan bantuan dicurahkan.
Janganlah ragu untuk mengundi PAS, kerana selepas pilihanraya ini kita tetap seperti biasa kena bekerja dan mencari nafkhah juga setiap hari. Yang untung hanya calun yang menang. Jika ISA menang, karier politiknya akan pergi lebih jauh. Beliau akan terus mengumpul kekayaan. Yang kaya adalah ISA bukannya kita. Kita tetap macam ini. Kena kerja hari - hari.
POLITIK DEMOKRASI BUKANNYA TEMPAT UNTUK TUNJUK KESETIAAN. HANYA TEMPAT UNTUK MENCARI KESENANGAN. ITULAH TAHAP RAKYAT MACAM KITA.

Sunday, August 2, 2009

KERUGIAN MENCECAH 200 JUTA?

Jahat sungguh puak penentang ISA. Berdemo sehingga merugikan rakyat. Bila rakyat berdemo, ramai peniaga terpaksa tutup kedai. Itu kata media Kerajaan. Betul atau tidak, saya tak tahu. Kasihan si Rakyat Indon, kerana tidak dapat berniaga pada hari tersebut. Sebab semua rakyat tahu, yang meniaga di Chow Kit adalah peniaga Indon, Kemboja, dan pelbagai negara lagi. Yang tak tahu, mungkin DBKL, Polis, Penguatkuasa dan UMNO.
Bagi saya mungkin yang lebih patut dikasihani lagi ialah kupu - kupu malam. Selama ini dapat terbang bebas, tetapi hari tersebut tak dapat keluar cari makan. Sudah pasti tiada pelanggan. Yang berdemo ramai yang pakai ketayap, pelanggan takut nak naik, atau nak melanggan. Deme ingat Pegawai Pencegah Maksiat atau tengah buat operasi besar - besaran. Mungkin Kerajaan tak sempat nak anggar kerugian mereka? Anggaran pribadi saya mungkin boleh mencecah sehingga 10 @ 20 juta Ringgit Malaysia. Kalau ramai pelanggan Mat Salleh, mungkin mereka akan rugi dalam kiraan US Dollar.
Begitu mudahnya mencongak kerugian. Betul ke puak demo ISA ganas? Sebenarnya ini hanya propaganda untuk melabelkan seolah - olah kejahatan mereka tiada terbatas, sehingga tidak kasihankan peniaga, pelacur, pelanggan pelacuran, peminat judi dan lain - lain lagi.
Cuba kita berfantasi sebentar. Seandainya di tengah kesibukan orang membeli - belah di Shopping Centre, tetiba ada kumpulan budak - budak meletupkan mercun. Kemudian budak - budak jahat ini berlari dan merempuh serta memukul orang ramai. Apa suasana akan terjadi. Sudah pasti orang ramai akan bertempiaran lari menyelamatkan diri. Suasana akan menjadi huru - hara, dan tidak terkawal.
Itulah keadaannya, orang seda berdemo ISA. Mereka berarak ingin meluahkan perasaan semata - mata menentang ISA. Satu undang - undang yang menafikan hak rakyat. Mereka berhimpun dan berarak secara aman. Mereka berarak bersama isteri dan anak - anak. Mereka tidak membawa sebarang senjata kecuali senjata sulit. Mereka tidak melawan. Mereka hanya meluahkan perasaan sebagai rakyat yang tidak puas hati. Itu sahaja.
Tetiba ada kumpulan budak bertopi merah, siap dengan belantan, melontarkan gas pemedih mata dan memancutkan air limbah dengan trak yang dibeli oleh duit rakyat. Sudah pasti keadaan menjkadi huru - hara. Rakyat akan bertempiaran. Kalau tak caya, cuba semburkan gas pemedih mata ke mata Si Topi Merah atau Menteri yang berkenaan. Jika dibiarkan demonstrasi itu berjalan, nescaya, peniaga akan mendapat keuntungan. sebab berjalan kai meletihkan, dah pasti makanan dan minuman banyak dibeli. Jika dikawal secara aman, nescaya tiada apa - apa berlaku. Yang sebenarnya menghuru - hara adalah si Topi Merah dan pemberi arahannya. Mungkin ini golongan yang dijangkiti virus menyukai keganasan dan melihat orang lain susah.
Allah memberi kita otak dan akal untuk berfikir. Allah juga menjadikan binatang yang berotak tetapi tidak berakal. Jika melihat alam haiwan, ada haiwan yang suka mengganggu dan menggugat orang lain untuk mencari rezeki. Ada juga haiwan yang tidak cara dan mengganggu haiwan lain. Contohnya harimau akan menyerang sekawan pemaun yang sedang memakan rumput.
Di dunia manusia juga sama. Di atas alasan mencari makan, ada golongan yang akan merosakkan masyarakat dan ketenteraman atas alasan menjaga periuk nasi. Banding dan fikirlah sendiri. ADAKAH KITA GOLONGAN INI?