Friday, May 15, 2009

ULAMA' PUN GILA JAWATANKAH?

Krisis Perak belum habis lagi, menanti dengan penuh debar samada DUN Perak dibubar atau tidak? Pimpinan UMNO tengah pening kepala, nak hadapi pilihanraya. Zaman dah berubah, dah tak sama macam dulu. Seingat saya dulu, kalau letak lembu pun, janji bawak lambang BN pasti menang. Sekarang belum tentu, sesilap haribulan bawak lambang dacing + keris + MCA + MIC, tengok pun orang dah meluat. Manusia berubah, semua benda berubah. Perubahan satu sunnatullah bila tiba masanya.
Di tengah - tengah kemelut politik ini, tiba - tiba bergegar pula dalam Parti PAS. Kecoh pulak pasal masalah ulama' dan professional. Hingga ada ulama' yang menuduh golongan lain mengamalkan rasuah wang. Media perdana apatah lagi terus ambil kesempatan, cari isu. Ada pula pendokong ulama' tersebut, terus kata tak boleh pertikai, ini kata - kata ulama', Ulama' tak menipu. Lagi ke haru.
Entah lah, betul ke salah, kita serahkan pada Allah. Mungkin ada khabar angin atau hearsay kata Oghang Putih.
Saya tak berani nak komen ulama', nanti dikatakan menentang ulama'. Tetapi bagi saya ulama' pun manusia seperti kita. Takrifan ulama' dari segi bahasa adalah orang yang berilmu, dari segi agama pula, orang berimu khusus dalam bidang agama. Jadi takrifan ulama' ini sebenarnya amat longgar. Hanya Allah yang mengetahui siapa sebenarnya ulama'. Kalau nak dikira ilmu agama, dalam UMNO pun ramai ulama'. Tetapi ulama' sebenarnya, bukan sekadar mengajar agama, bukan sekadar berpakaian, bukan sekadar lulusan Azhar, bukan sekadar mengaji pondok seperti yang kita andaikan. Bab amalan pula hanya diri dan Allah yang lebih mengetahui, siapa yang lebih beramal dan bertaqwa. Sebab kalau di Barat, jarang sangat kita tengok ulama' berserban atau berjubah. Tetapi kefahaman agama mereka, ilmu, jiwa Islam serta pengorbanan mereka jauh dari yang pernah dilihat di Malaysia. Di Mesir pun begitu juga. Di banyak negara lain pun begitu. Cuma di Tanah Melayu, pandangan masyarakat melihat ulama' mesti beserban, berjubah. Nak buat macam mana itu pandangan setempat.
Nampak gayanya, kini, ulama' pun berminat nak pegang jawatan. Maka bergemalah 'Ulama' pewaris nabi'. Entahlah rasa - rasanya yang selok (berminat) sangat ni, rasanya pasti bukan ulama' sejati.
Pemimpin bukannya dari golongan ulama'. sejarah membuktikan, hatta Umar Abd Aziz bukan ulama', Sallahuddin Ayubi bukan ulama'. Gerakan islam sohor di dunia pun banyak tak meletakkan ulama' sebagai pimpinan. Yang penting mereka faham Islam dan sanggup berkorban demi Islam.
Hatta ulama' tersohor seperti Imam 4 mazhab dan Hamka sendiri tidak mencampuri urusan pentadbiran. Jiwa mereka jelas dan menerangkan Islam tanpa mengira tempat, masa dan pengorbanan nyawa. Ini bermakna ada ulama' yang mampu memimpin masyarakat tetapi ada jua yang tidak berkemampuan. Tiada satu hadis pun mewajibkan pimpinan mestilah ULAMA'.
Mungkin yang mempelopori sebenarnya bukan ulama' atau cuma strategik untuk menolak golongan lain. Yang lebih malang lagi, di dalam keadaan masyarakat baru ingin mengenali PAS, maka wujudlah golongan ini. Mungkin ini permainan pihak musush yang berjaya mempengaruhi golongan yang mengiktiraf diri mereka ulama', agar rakyat merasa sangsi dengan PAS. Tidak mustahil. Musuh akan berbuat apa sahaja. Akhirnya yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.
PAS tersusun dengan adanya Dewan Syura ULama', pengiktirafan ulama' sebagai badan penasihat tertinggi tidak dinafikan. Jadi mengapa perlu pimpinan politiknya perlukan ulama' juga. Apakah Dewan Ulama' tidak mampu menasihati pimpinan politik mereka?
Kesimpulannya, propaganda sekarang dimainkan oleh golongan yang berminat dengan jawatan dan berselindung disebalik watak ulama'. Itulah andaian orang awam yang melihat politik.
Ulama' sejati tidak mengejar pangkat dan jawatan, hanya dicari keredhoan Ilahi. Wallahualam.

Thursday, May 14, 2009

PERAK, NEGERI BERSEJARAH


Sehingga ke hari ini, krisis Perak masih belum selesai. MB tak tahu siapa, Speaker pun tak tahu siapa. Biar pun Si Zambri Dey dan saudaranya Ganesan, kata dialah MB dan Speaker yang sah. Tapi kalau ikut cara dia, rasanya porak perandalah Malaysia Tanahairku kerana semuanya serba boleh. Langgar undang - undang yang dibuat dan dipersetujui bersama. Jadi apa gunanya ada undang - undang. Tiadalah ynag bersalah. Perompak merompak kerana nak cari makan. Pembunuh membunuh kerana hobi. Peragut meragut kerana tak cukup duit. Perasuah mengambil kerana tak cukup belanja. Mungkin Si Zambri Dey ini mengambil teori ini, jadi Malaysia Boleh, idola dia diikuti. Dengar dalam berita semalam sampai nak luluskan beberapa kelulusan penting bagi Kerajaan Negeri lak. Betul - betul la Dey Tambi, ini bukan citer Hindustan tapi dah confirm Tamil. Lagi ganas punya versi. Dia disahkan oleh mahkamah hanya sebagai Penjaga Kerajaan sahaja. Tapi dah lebih sudu dari kuah.
Perak ni ada nilai sentimental bagiku. Banyak sejarah di Perak yang ditempuhi di zaman remaja. Dan orang Perak terkenal dengan kebaikan dan peramahnya. Jadi sedikit tragedi Perak ni mengguris hatiku.
Perak terkenal dengan kepahlawanan menentang Penjajahan Inggeris. Dari Sultan hingga ke rakyat. Sultan Abdullah dihalau sehingga ke Pulau Sychelles, Dato' MaharajaLela, Dato Sagor dan Pandak Endut, dihukum gantung. Begitu jitu kepahlawanan dan kebencian pembesar Perak dan rakyatnya kepada Inggeris. Hingga sanggup meletakkan nyawa sebagai galang gantinya. Sewaktu di Negeri Perak, saya sempat pokok yang dikatakan sebagai tempat gantung untuk Dato' Sagor dan MaharaLela di Larut Matang. Tak silap saya pada waktu tersebut di depan rumah Ngah Ibrahim. Katanya sekarang telah jadi Kompleks Ngah Ibrahim. Jitu sungguh dan kagum saya kepada rakyat, pembesar dan Sultan Perak di zaman tersebut. Dan moga nilai perjuangan dicatatkan kebaikan untuk mereka di Akhirat kelak.
Kini, Krisis Perak moden, bukan menentang Inggeris lagi. Puak Inggeris dah lama balik ke kampung asal mereka. Krisis kini menentang kezaliman, rakyat bangun menentang penindasan, rakyat bosan dengan sistem lama. UMNO yang mengaku penyelamat Melayu, membuat kerja yang sama dengan British. Menindas rakyat untuk kesenangan mereka. Pemimpin yang ngaku merekalah anak cucu Dato' Sagor dan Maharajalela ini pula yang mengambil tempat British. Menindas dan memeras rakyat. Segala - galanya hak mereka. Projek hak mereka, kuasa hak mereka, Ekonomi hak mereka. Rakyat diketepikan sekali lagi.
Sekarang rakyat dah tak berperang. Jadi kebencian rakyat ditunjuk dalam pilihanraya ke 12. Kekalahan kepada Pakatan Rakyat tidak diterima denganm terbuka hati. Tak sangka hilang kuasa. Bukan nak belajar dari kesilapan, tetapi masih fikirkan rakyat yang salah. Rumusannya, Kerajaan Negeri mesti dirampas dengan apa cara pun.
Mereka sangka rakyat bodoh, sedangkan mereka lupa rakyat makin pandai, rakyat dah membaca, rakyat pandai berfikir. Maklumat dapat disebarkan. Sentimen perkauman dah tak jalan. UMNO makin tersempit. Berhadapan pilihanraya satu petaka bagi mereka. Tembelang dah pecah. Bau busuk dah ke serata pelusuk negeri. Mungkin masih ada yang tak tahu mungkin terkena selsema babi atau hilang deria bau.
Wajah UMNO terbongkar, makin terbongkar. Berselindung di atas nama Melayu. Tapi sebenarnya hanya untuk kesenangan dan kekayaan mereka.
Perak makin celaru, campurtangan Mahkamah digunakan. Mungkin Pakatan Rakyat sekali lagi tewas kerana penipuan dan pembohongan, tetapi percayalah yang benar tetap benar. Kebenaran pasti terserlah. Pejuangnya tidak akan putus asa. Mungkin ini pintu perubahan yang perlu ditempuhi.
Bersabarlah para pejuang kebenaran, tetapkan perjuangan kita akan melihat sinar baru yang sedang menanti.
Kepada DS Nizar, rakyat sentiasa dibelakangmu.
Dan sekalilagi PERAK AKAN MENCATIT SEJARAH.

Wednesday, May 13, 2009

PERAK MAKIN KUSUT, PENANGAN 3 BUDAK JAHAT.

Semuanya bermula dengan terlompatnya, 3 YB, Seorang OKU, seorang posmen dan seorang bekas tentera. 3 orang ini telah mengusutkan Negeri Perak. Satu negeri Perak jadi huru - hara, pentadbiran bercelaru, MB tak tahu siapa dan Speaker main redah lantik sahaja. Hancur negeri Perak umpama dilanggar garuda, MB ada yang sah mana yang haram.
Bila dibawa ke mahkamah Tinggi, keputusan memihak kepada Nizar. Beliau diakui sebagai Menteri Besar dari dahulu hingga kini. Sehari selepas itu Mahkamah Rayuan pula membuat keputusan yang pelik. Persoalannya sekiranya Nizar MB yang sah, siapa pula Zambry de? Apakah alasan kerana ia dilantik oleh Sultan sahaja? Kalau begitu dimanakah sistem demokrasi yang ada di Malaysia. hanya demokrasi yang layak ditertawakan oleh orang negara lain.
Mahkamah pun bercanggah, lagi pening kepala. Selama ini kita rakyat Malaysia yakin, Mahkamah tempat penyelesaian bila tiada keputusan yang benar. Malangnya pula keputusan Mahkamah pun jadi pening kepala.Rakyat makin pening, bukan rakyat Perak sahaja, tetapi rakyat Malaysia.
Negeri Perak secara khususnya tiada MB, biarpun Zambri De kata dia MB. Apa guna jadi MB, kalau dilantik oleh puak sendiri sahaja. Kalau gitu sesiapa boleh jadi MB. Mungkin kita kena berbalik ke zaman feudal, Siapa kuat Dialah Raja. Kalau gitu tambah huru hara lagi negara kita.
Bab Speaker pun satu. Nak jadi speaker mesti ikut peraturan, ada majlis angkat sumpahnya dan entah apa - apa peraturan lagi. Malangnya saudara kepada Zambry ini, tiba - tiba jadi Speaker. Mungkin sebab ada hubungan persaudaraan, entahlah sesiapapun tak tahu. Dia buat baju ala speaker, kemudian ditabalkan oleh puak - puak dia, maka jadilah dia Sang Speaker. Speaker yang ada dibuang begitu sahaja. Ini dah jadi filem hindustan. Tapi tak hairan sebab ramai Menteri minat tengok cerita Hindustan. Sedikit sebanyak terpengaruh juga.
Apa nak jadi dengan Negeri Perak? Inilah akibat bila ada peraturan tak nak ikut.
Kisah 3 ekor budak jahat, ini akan jadi satu legenda besar. Macam kecik - kecik dulu kita didendangkan dengan lagu 10 budak hitam. Tak lama lagi lagu 3 ekor budak jahat ini akan menggantikan 10 budak hitam, agar menjadi teladan kepada generasi akan datang.
3 ekor budak jahat ini, memang jahat. Dulu kena kes rasuah, katanya mintak amoi biarpun projek tak ada. Sekor dulu kerja posmen, Sekor lagi bekas askar, Sekor lagi OKU, Semua tak kenang budi, tak sangka jadi YB, jadi nak kaya cepat. Rakyat angkat jadi YB supaya perjuangkan nasib rakyat, tapi nak kaya cepat ambil jalan mudah.
Kisah 3 ekor budak jahat ini telah merosakkan Negeri Perak dan menghancurkan Sistem Perundangan Negera. Jahat sungguh 3 budak jahat ini.

Saturday, May 9, 2009

MENGAPA PENIAGA MELAYU TIDAK BERJAYA?

Setelah 50 tahun kemerdekaan, bangsa Melayu masih bergelut dengan masalah pembangunan ekonomi. Kerajaan masih gagal biarpun pelbagai dasar dikemuka dan dilaksanakan. Jika diajukan kepada saya, jawapannya mudah sahaja, RASUAH. Bila disebut rasuah, termasuklah penyelewengan kuasa. Seperti sedia maklum, kerajaan dimonopoli oleh orang yang berbangsa Melayu, kakitangannya majoriti orang Melayu. Politik kita juga dimonopoli oleh orang Melayu juga. Raja pun orang Melayu. Mengapa masih gagal, sedangkan sekiranya diberikan kepada bangsa lain nescaya tidak sampai 10 tahun, mereka mampu menguasainya.
Sejak zaman berzaman orang Melayu terkenal dengan rasuah. Dahulu dikenali dengan duit kopi. Jika dilihat di dalam Sejarah Melayu, duit kopi diiktiraf oleh Kesultanan Melaka zaman tersebut. Ini bermakna, rasuah diiktiraf oleh Kesultanan Melaka. Tetapi siapakah yang yang layak menerima duit kopi? Sudah tentu orang yang berkuasa seperti Sultan, Bendahara, Temenggung, Orang kaya Syahbandar, Laksamana, pegawai istana dan hulubalang - hulubalang. Mereka dalah pegawai Kerajaan pada zaman tersebut.
Di zaman penjajahan British, orang Melayu yang berkuasa juga masih mengamalkan konsep ini dibandingkan dengan pegawai British sendiri.
Setelah merdeka kita juga masih mengamalkannya lagi. Mungkin di masa hadapan akan terus berlaku lagi.
Telah menjadi resam, pegawai kerajaan akan meminta sesuatu sebagai tukaran kuasa yang diamanahkan. Yang menjadi mansa kebanyakannya usahawan kecil yang bertatih untuk mencari sesuap nasi. Golongan ini akan meminta ganjaran bergantung pada kuasa yang ada pada mereka. Semakin besar kuasa semakin besar pula ganjarannya. Mungkin ini adalah budaya Melayu, tiada rasa penyesalan.
Yang menjadi mangsanya kebanyakannya adalah peniaga Melayu. Peniaga Cina lebih berani untuk mendedahkannya dan membela nasib mereka melalui pengaruh politik sekira mereka dizalimi. Sedangkan peniaga Melayu lebih bersikap tidak kisah dan mengalah.
Pegawai Kerajaan akan menyusahkan peniaga Melayu dengan bidang kuasa samada secara melambat - lambatkannya atau menyusahkan peniaga. Pihak peniaga terpaksa berunding sekiranya tidak periuk nasi akan tertutup. Sekiranya dilapurkan nescaya, peniaga ini akan diganggu pula oleh pegawai lain dalam Jabatan tersebut. Begitulah nasib peniaga/ usahawan Melayu. Akhirnya keuntungan mereka dirompak oleh pegawai kerajaan yang berkuasa.
Pegawai kerajaan berani melakukannya kerana pegawai di atas juga melaksanakan perkara yang sama. Termasuklah menteri juga mengamalkan konsep ini, akhirnya orang Melayu terus gagal dan gagal. Untuk menutup kelemahan ini pihak kerajaan menyalahkan usahawan sendiri tidak pandai meniaga. Sepatutnya alasan yang patut diberikan, orang Melayu tak pandai menjaga dan kurang memberi kepada mereka. Itulah nasib usahawan Melayu di tanahair mereka sendiri. Dianiaya dan dizalimi.
Andainya ini yang kita amalkan, nescaya 100 @ 1000 tahun lagi pun usahawan Melayu tidak akan berjaya. Usahawan Melayu akan terus diperah keringatnya untuk kesenangan orang yang berkuasa.
Pegawai Melayu sukar membantu tetapi lebih suka memeras bangsa sendiri. Kadang - kadang bangsa lain lebih mudah ditolong oleh mereka.
Inilah nasib usahawan melayu. Jadi fikir - fikir, bagaimana untuk mengatasinya.

Friday, May 8, 2009

TRAGEDI 7MEI 2009

Negara dilanda petaka lagi. Gempar seluruh dunia. Mungkin ada yang tergelak dan hairan, mengapa rakyat Malaysia sebuah negara demokrasi ada rampasan kuasa.
Demokrasi adalah pilihanrakyat, tetiba ada pula rampasan kuasa di dalam Dewan Negeri. Mungkin sekarang ini kalau nak buat duit, beri ceramah kat negara jiran, atau buat seminar, tajuk DEMOKRASI ALA MALAYSIA. Mesti dapat sambutan. Negara pertama kita pergi United Kingdom. Sebab UK ni bapa angkat kepada Malaysia, biarpun dia banyak bunuh orang Melayu (penduduk asal Tanah Melayu). Kerajaan Britain pun pening macamana anak angkatnya boleh menjadi begitu bijak, lebih bijak dari dia.
Kisah RAMPASAN DEWAN Negeri Perak sudah pasti menjadi sandiwara di Hollywood dan Bollywood. Dalam sebuah negara yang mengaku mangamalkan SISTEM DEMOKRASI.
Rakyat dah tak faham tentang Demokrasi. Apa dia itu demokrasi. Pening kepala guru nak ngajar anak murid.
Begitu mudah rampasan kuasa dalam Dewan Negeri, panggil polis, selesai masalah. Dahulu waktu belajar cikgu kata dalam Dewan, Polis tak boleh campurtangan. Sekarang dah jadi lain. Pening, pening. Mungkin Demokrasi Feudal, satu sistem yang lebih baik dari yang diamalkan di Israel.
Sebab pening, kesimpulannya, UBN boleh buat apa sahaja. Kadang - kadang aku terfikir manakah lebih layak dilantik jadi pemimpin, di antara,
1. Orang Kafir yang waras, mampu berfikir, cenderung mengamalkan prinsip keadilan atau,
2. Orang Islam yang gila kuasa, gila pangkat, gila biniorang, gila harta, gila rasuah, gila..gila babi kot.

Mungkin Majlis Fatwa kena buat fatwa baru sebab di zaman keagungan Islam tak pernah terjadi.

Wednesday, May 6, 2009

MAT REMPIT DAN MAT RAGUT

Kebetulan pagi tadi lalu di hadapan kedai, terpandang tajuk berita dalam suratkhabar. Nak beli rasanya tidak. Jadi baca sambil lalu sahaja. Kisah Mat Ragut sebabkan kematian seorang wanita. Saya ucapkan takziah kepada keluarga yang terlibat. Moga Allah menrahmati roh si mati.
Jahat sungguh Mat Ragut, kerana sanggup meragut tanpa memperdulikan nyawa orang lain.
Dalam minggu ini juga ada kisah yang berlaku di Kuantan, tragedi Mat Rempit memukul orang sampai mati. Ini lagi satu spesis yang tak memperdulikan orang lain, sanggup memukul orang sampai mati. Tak sedarkah mereka orang yang diragut atau dipukul itu mempunyai ahli keluarga dan tanggungjawab. Apa nak buat, spesis ini berlambak dalam masyarakat.
Mengapa ada Mat Rempit dan Mat Ragut? dakah mereka makhluk 'alien' atau 'predator' yang datang dari angkasa. Nescaya tidak. Mereka adalah anak - anak, saudara mara, adik beradik atau suku sakat kita. Pernahkah kita bertanya mengapa wujud golongan ini. Sekiranya dikaji, mereka mungkin golongan yang terjebak dengan dadah, tercicir dalam pelajaran, keluarga bermasalah dan pelbagai lagi masalah yang tak mampu diucapkan. Lebih mudah kita meletakkan kesalahan ini pada mereka, dari mencari jalan penyelesaiannya.
Mereka terhasil dari sistem yang rosak. Sistem keluarga, masyarakat dan politik yaung rosak.
Sistem keluarga telah lama rosak, ibubapa lebih mementingkan materialistik atau sibuk dengan urusan dunia hingga lupa mendidik anak - anak. Pengajian agama teras kepada akhlak manusia diabaikan. Apa yang diajar hanya wang ringgit, itu keutamaannya. Hatta ibubapa sanggup membesarkan anak - anak dengan wang rasuah yang dikutip (khusus bagi yang berkuasa). Ibubapa mengajar anak - anak menyalahgunakan kuasa. Ibubapa menunjukkan contoh yang tidak baik kepada mereka. A pabila mereka telah dewasa dan ditakdirkan pula tercicir dalam pelajaran, nescaya mereka akan melakukan apa sahaja demi kepuasan hati. Siapa yangk menunjukkan contoh kepada mereka?
Sistem pelajaran yang hanya mengajar untuk menjadikan manusia pandai. Kita lupa kepandaian adalah anugerah Allah. Nescaya ada yang tercicir. Yang pandai ditatang dan dipuja, yang kurang pandai dipinggir dan dicerca. Akhirnya sentiasa ada golongan yang terpinggair dalam maosyarakat.Sepatujatnya sistem sekolah mendidik menjadi manusia bukannya hanya mengejar berpuluh - puluh A. Kegagalan guru kerana sistem pelajaran.
Masyarakat kini sibuk dengan urusan sendiri. Tiada lagi tegur menegur dalam masyarakat. Jika ditegur anak atau keluarga akan therjadi perang bebsar. Masyarakat lebih suka bersendirian di dalam rumah masing - masing. Tiada lagi menegur untuk kebaikan. Masjid dan surau makin lengang, masyarakat tidak suka berjemaah. Mengapa? Kerana tak suka diganggu.
Pemimpin yang sibuk mengejar keuntungan. Faham - faham sahaja, jadi pemimpin hanya untuk 5 tahun. Jadi mencari ruang untuk mengumpul harta, bekalan masa hadapan. Tiada lagi memperdulikan nasib rakyat. Yang penting kita kaut dulu. Penguasa @ pegawai yang sentiasa korup dan mengambil peluang dari undang - undang. Mengambil hak orang lain tanpa peduli tentang kebenaran.
Kesimpulannya, MAT REMPIT DAN MAT RAGUT adalah cermin dari pemimpin, masyarakat, penguasa, ibubapa, guru dan kita. SALAHKAH MEREKA? RENUNGKANLAH.

Monday, May 4, 2009

SATU MALAYSIA?

Dah lama tak sempat menulis dalam blog ini, kesibukan dengan urusan lain membataskan kerja - kerja penulisan. Memang sesungguhnya manusia ini lemah, tertakluk kepada masa dan sibuk dengan urusan dunia.
Perkembangan politik di Malaysia, makin kecoh dan memualkan. UMNO telah mendapat Presiden baru dan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Cogan katanya SATU MALAYSIA. Sekarang habis segala kementerian mengempenkan SATU MALAYSIA. Tanya orang kampung apa itu SATU MALAYSIA. Lagi mereka tak faham. Saya pun tak faham, macaman satu Malaysia. Apakah satu Malaysia itu bermakna, Satu bangsa Malaysia sahaja? Mungkin juga untuk memudahkan pelbagai bangsa berkahwin. Entahlah. Hanya Dato' Najib dan Allah yang tahu apa dimaksudkan.
Mungkin SATU MALAYSIA slogan DAP dulu MALAYSIANS MALAYSIA. Rasanya lebihkurang sahaja. Konsep kesamarataan untuk semua bangsa di Malaysia. Entahlah. Sebab media kerajaan pun masih tak dapat menerangkan dengan jelas. Hatta Dato' Najib pun masib tak dapat menerangkan sehingga rakyat faham.
Bagi daku, konsep apa kita bawa pun, kita tidak dapat lari dari konsep bangsa manusia. Konsep bangsa adalah ciptaan Allah. Mungkin ada sibodoh bertanya, Adam dari bangsa apa? Nabi Adam adalah dari bangsa Suryan. Itulah bangsa yang mula diciptakan Allah. Dari bangsa ini lahirlah lagi pelbagai bangsa,mungkin dari campuran, budaya atau perpindahan tempat, maka bangsa tersebut diberi gelaran bangsa yang berlainan. Persoalan ini masih di dalam kajian saintis - saintis dunia. Teori kewujudan bangsa masih banyak ruang kosong yang kita tidak ketahui. Tetapi yang nyata kita semua dari perut Hawa dan benih Adam.
Mungkin satu masa dahulu, penduduk di Malaysia adalah majoritinya Melayu. Itu sebab kita digelar TANAH MELAYU. Malangnya orang Melayu sendiri membuang istilah ini dan menamakannya MALAYSIA. Apa makna MALAYSIA pun saya tak tahu. Dibandingkan dengan TANAH MELAYU menjuruskan inilah tempat orang Melayu KERANA NAMAYA PUN GUNA BAHASA MELAYU. Mana yang lebih awal samada orang Melayu atau Tanah Melayu yang diberi nama, itu saya kurang pasti. Mungkin perlu kajian lagi oleh Profesor Sejarah.
Saya teramat setuju, konsep yang terbaik bukanlah membela bangsa, tetapi membela orang yang tertindas atau teraniaya atau ketinggalan. Sekiranya individu miskin berbangsa Melayu miskin, ia perlu dibela. Sekiiranya ia berbangsa Cina atau India, juga ia perlu dibela. Itulah konsep keadilan di dalam Islam. Meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Islam tidak mengajar kita untuk menolong orang Islam sahaja, tetapi membantu orang yang memerlukan tanpa mengira agama mahupun bangsa. Itulah indahnya Islam, satu - satunya agama Allah yang Maha Benar.
Malangnya apabila kurang keyakinan dan kurang ketaqwaan menyebabkan kita memandang suruhan Allah, satu perkara mustahil dilaksanakan. Kita mempolitikkan agama sebagai barang mainan. Di masa kita memerlukan undi, kita gunakan. Apabila bertentangan dengan nafsu dan kepentingan kita, dicampakkan. Beginilah umat akhir zaman, yang sentiasa tiada keimanan dan pendirian.
Samada SATU MALAYSIA atau MALAYSIAN MALAYSIA, mungkin hanya satu slogan. Pengertian dan pemahamannya bergantung kepada masing - masing kot, itu yang terbaik boleh difikirkan.
Walaubagaimanapun, apa slogan yang digunapakai tidak penting, selagi konsep keadilan ditegakkan. Jika tidak nescaya, apa slogan digunapakai tidak mendatangkan apa kebaikan untuk rakyat jelata.
Cuma yang nyata sekarang ini, rakyat makin susah, barang makin mahal. Penekanan ke atas rakyat makin terasa. Kehidupan rakyat makin terjejas. Mungkin juga ini cuma satu cara mengalihkan perhatian rakyat sahaja. POLITIK TETAP POLITIK.