Monday, April 20, 2009

REZEKI HANYA HAK ALLAH

Pagi tadi sempat bersembang bersama kawan, seorang biznesmen. Datang dengan penuh kekalutan, maklumlah orang meniaga. Setiap hari hanya mencongak untung. Jadi banyaklah perasaannya yang diluahkan. Saya pun terpaksa rela mendengarnya. Nanti dikatakan sombong pulak.Antara luahannya, kononnya dia seorang biznesmen yang jujur dan mengamalkan rasuah. Tetapi setahu dan seingat saya, banyak juga dia merasuahkan orang untuk mendapat dan melancarkan projeknya. Mengeluhlah dia kononnya, mengapa orang yang mengamalkan rasuah mendapat rezeki yang banyak di sisi Allah, sedangkan dia kononnya yang jujur sukar mendapat projek.
Saya tak berminat nak komen tentang sikap sahabat seorang ini, tetapi beginilah sifat kita manusia. Apabila disempitkan sedikit hidup, maka banyaklah mengeluh. Sedangkan kita lupa nikmat yang telah dikurniakan. Dosa - dosa kita semasa dianugerahkan Allah. Kita lalai mengingati Allah. Kita lupa nak bersolat jemaah, kita lupa nak berzikir, kita lupa nak bersedekah. Itulah manusia yang penuh dengan kelupaan.
Kita cemburu melihat manusia lain menjadi kaya tetapi engkar kepada Allah. Sedangkan kita tidak berbuat apa - apa untuk menentang kemungkaran. Kita takut rezeki tiada kerana kuasa yang ada pada penyeleweng. Kita sanggup bersubahat dengan mereka, janji kita mendapatkan sedikit habuan. Kita lupa rezeki sebenar hanya datang dari Allah, Tuhan pemilik alam.
Kita takut kocek kita kosong, tetapi kita tidak takut iman kita kosong. Kita tidak menjaga iman kerana takut tidak makan. Kita sanggup hilang iman kerana takut kantung kita kosong. Kita sanggup bersubahat dengan perasuah, penyeleweng semata - mata menjaga periuk nasi.
Kita malu nak perkatakan yang benar di depan orang yang zalim. Kita malu nak beribadat di depan ahli maksiat, takut digelar nak tunjuk alim. Itulah kita yang sebenarnya.
Kadang - kadang saya terfikir, layakkah kita duduk sesaf dengan para sahabat, para ulama' dan para wali. Para syuhada', jauh sangat lagi.
Saya menyeru kepada diri dan pembaca, ubahlah pemikiran, bercakap kerana Allah, mengingati Allah selalu, yakinlah Allah bersama orang yang sabar dan benar. Yakinlah dengan janji Allah. Kesusahan yang sedikit ini akan dibalas dengan ganjaran yang besar.
Ingatlah, rezeki adalah hak milik mutlak Ilahi. Ada manusia yang diberi kemewahan untuk memudaratkannya. Ada insan yang diberi sedikit untuk diuji kesabarannya. Semuanya hanya hak milik Allah.
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.

Saturday, April 18, 2009

BAGRAM, AFGHANISTAN & PENIPUAN OBAMA

Saya merasakan betapa perlunya kerajaan Malaysia memerhatikan juga isu penindasan terhadap umat Islam yang kian parah diluar negara di samping terus meneliti kondisi tempatan dan kestabilan ekonomi negara. Kerajaan dengan barisan kabinet baru yang diterajui oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak juga perlu memulakan sesi pentadbiran pada kali ini dengan menjuarai isu umat Islam sekaligus menjadi duta diplomatik keamanan seranta.

Malaysia yang juga memimpin OIC boleh berperanan dengan berkesan jika kita terus-menerus melobi agar negara lain turut cakna dan aktif bersuara lantang untuk membela umat Islam sedunia. Kini uamt Islam sedunia makin parah masa depannya akibat polisi Amerika yang semakin lama semakin terpesong daripada kempen awal counterterrorist policy mereka.

Obama yang berjanji untuk menutup penjara Guantanamo dalam masa setahun selepas mengambil alih White House masih kelihatan ragu-ragu apabila kita dikejutkan semula dengan pembelasahan tentera Amerika Syarikat yang lebih dahsyat terhadap 250 orang baki tahanan di Cuba itu. Alasan tahanan tidak dibebaskan hanya kerana takut tahanan tersebut tidak akan diterima di negara asal mereka adalah tidak diterima akal. Malah kini kerajaan Obama pula meluluskan pula RM 217 juta untuk melebarkan lagi penjara di Bagram Afghanistan. Penjara ini menampung hampir 600 orang tahanan Taliban di mana lebih kurang 3 kali ganda lebih ramai berbanding baki tahanan di penjara Guantanamo.

Apa yang lebih menyedihkan kita adalah pendedahan oleh Utusan Malaysia ( 13 April) yang menyiarkan kisah penjara Bagram yang hampir ketandusan unsur hak asasi serta kemanusiaanya. Tahanan dilarang dari memiliki hak Habeas Corpus yang boleh mencabar Amerika untuk mensahihkan justifikasi sesuatu tahanan dilakukan. Tahanan Guantanamo masih berpeluang memiliki hak pengadilan dan kepeguaman berbanding tahanan Bagram. Mungkin disebabkan penindasan Afghanistan kini kian tidak popular, berselindung disebalik bukit dan gunung- ganang, kekurangan liputan wartawan antarabangsa serta imej taliban sendiri yang kurang disenangi oleh sesetengah pihak menyebabkan penghakisan hak kemanusiaan di Bagram tidak digariskan dalam mana-mana kenyataan media secara jelas.

Jika benar Obama komited dengan polisi peneutralan polisi luar Bush yang agresif terhadap umat Islam, kerajaan beliau tidak patut menfailkan rayuan untuk membantah keputusan hakim Mahkamah Daerah, John Bates yang membenarkan Habeas Corpus dilakukan terhadap tahanan di Bagram. Jika keputusan Bates dibenarkan sekalipun, kita bimbang proses Habes Corpus yang memungkinkan pembebasan tahanan Bagram, tidak akan berjalan dengan lancar tanpa kerjasama negara umat Islam lain mempromosikan bantuan kepeguaman terhadap mereka atau setidak-tidaknya bersuara agar dunia kembali berpaling sebentar ke Timur, untuk turut memerhatikan kekejaman yang berlaku di Afghanistan.

Bersempena penyiaran berita kekejaman ini, amatlah diharapkan barisan kepimpinan negara yang baru bersedia menerajui tindakan-tindakan proaktif untuk bersuara dalam isu-isu penindasan, kekejaman dan hak asasi di peringkat nasional dan antarabangsa demi mencerminkan nama dan jatibangsa Malaysia sebagai negara yang pro keamanan sejagat.

Muhammad Nuruddin Bashah

AJK Teras Pengupayaan Melayu (Perak)

Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)

Sunday, April 12, 2009

HAJI, TANPA TIADA ROHNYA

Ini saya ambil dari laman Teras Pengupayaan Melayu. Artikel ini baik untuk dijadikan renungan bagi insan yang mahu berfikir. Kepada insan yang menjadikan diri mereka binatang, tak perlu membaca dan mengomen.

Apabila Haji kehilangan roh penyatuan dan pengemblengan Ummah

12/04/2009 oleh terasmelayu

Adalah dianggarkan dua juta umat Islam di seluruh dunia memenuhi kota Mekah untuk menunaikan haji pada setiap tahun. Terdapat banyak dimensi di dalam ibadat yang paling mencabar ini. Zafar Bangash, Pengarah Institut Pemikiran Islam Kontemporari mengemukakan beberapa aspek yang dilupakan sebagai sebahagian daripada ritual dan dengan itu meremehkan Haji.

Melaksanakan Ibadah Haji adalah suatu tuntutan Islam yang paling banyak menggunakan tenaga fizikal. Bukan sahaja ia melibatkan perlaksanaan rukun-rukunnya sahaja, bahkan seorang ahli jamaah Haji terpaksa meninggalkan untuk sementara waktu kerabat keluarga dan harta bendanya.

Pada hakikatnya ia bukan hanya satu perlakuan ibadah ketaatan tetapi juga aksi dan sikap politik penuh kesedaran menentang ‘toghut’ (penyalahgunaan kuasa oleh pihak yang berkuasa). Ia suatu perjuangan berpanjangan , menolak godaan nafsu duniawi , hanya kerana inginkan rasa dekat dengan Allah dengan penuh pasrah kepadaNya.

Gajarannya juga besar. Rasulullah SAW menyatakan jika ibadat haji diterima, seseorang itu bagaikan bayi yang baru dilahirkan, bersih dari noda. Untuk mencapai tahap ini, seseorang Muslim perlu menyerah dirinya tanpa syarat kepada Allah, bersih dari sebarang rasa takut selain Allah dan bersih dari segala dorongan nafsu duniawi.

Lantaran itu diperintahkan para jemaah haji menyatakan secara beramai-ramai dengan suara yang kuat kalimah ‘talbiyah’ ; ‘LabbaikAllahumma labbaik, labbaika laa syariika laka labbaik, innalhamda, wani’mata, laka wal mulk, laa syariika lak’.

(Ya Allah, hari ini kami datang kepadaMu, menyahut panggilanMu, Kami datang kepadaMu. Segala puji bagiMu dan nikmatMu, dan Engkau pemilik kerajaan ini. Tiada syirik bagiMu)

“Talbiyyah” bukan hanya pernyataan lisan. Ianya komitmen bulat kepada Allah, menolak segala kuasa dunia yang menghalang perjalanan seorang insan menuju Allah.

“Ihram” - dua pakaian tanpa jahitan - pakaian wajib untuk kaum lelaki, bila meninggalkan Mekah ke Mina dan Arafah, iaitu Hari Wuquf. Hari Wuquf adalah peringatan yang kuat mengenai Hari Hisab dan Hari Hukuman terhadap setiap perbuatan manusia di muka bumi.

Perhimpunan di Padang Arafah itu adalah imbasan kepada Hari Pembalasan dan pakaian ‘ihram’ adalah simbol untuk mengingatkan bahawa bila seseorang itu menjadi mayat, pakaian sejenis itulah yang akan membaluti tubuh badannya.

Lantaran itu di Arafah, manusia diminta menumpukan sepenuh perhatian secara langsung kepada Allah. Yang diharapkan dan dipohon hanyalah rahmatNya dan keampunanNya.

Ini hanya dapat dirasai dan direalisasikan bila seseorang ahli jamaah Haji itu meletakkan dalam sanubarinya bahawa Allah sahaja yang menjadi Tuhan yang ditaati dan disembah , Dia sahaja yang diterima sebagai Tuhan yang berkuasa mutlaq dan hanya hukum-hukumNya sahaja yang perlu di tegakkan di muka bumi ini. Inilah intisari pernyataan aqidah Tauhid kepada Allah S.W.T

Kesedaran ini, sayangnya , sangat lesu pada kaum Muslimin sekarang ini. Ini adalah sebahagiannya akibat dari sejarah Muslim yang lampau dan dorongan yang disengajakan untuk mengalihkan kaum Muslimin dari erti Islam sebagai Ad Deen yang sebenar kepada Islam hanya sebagai agama ritual (adat resam) semata-mata.

Dalam sejarah , bila Islam adalah kuasa yang dominan, para penguasa tidak lagi memberi perhatian mengenai perlunya kaum Muslim menegaskan soal aqidah .Iaitu pernyataan yang tegas pemisahan antara kaum Muslimin dengan kaum Musyrikin yang terkandung dalam Syahadah “La ila ha illah” dan lafaz “La syarika lak”

Penegasan keTauhidan Allah dianggap tidak lagi perlu dinyatakan kerana kaum Muslimin sudah memegang kuasa.

Ini adalah tafsiran yang salah. Sementara setiap Muslim perlu memulihara dirinya dari sebarang serangan dan kesesatan yang melibatkan aqidah. , kaum Muslimin juga secara faktanya sekarang ini tidak memilikki kuasa lagi.

Malah kaum musyrikin dan pendokong sistem taoghut itulah yang kini berkuasa memanipulasi dan mencengkam kaum Muslimin dari menegakkan tuntutan Allah.

Lebih menyedihkan lagi penguasa yang menjaga Mekah dan Madinah (Haramain) yang ada masakini itulah yang nampaknya tidak mahu kaum Muslimin menyatakan penentangan terhadap sistem toghut dan menentang kemusyrikan.

Menjadikan Islam hanya dalam bentuk adat resam (ritual) telah menyebabkan kedudukan kaum Muslimin sangat lemah. Dengan menumpukan kepada peribadatan ritual telah menyebabkan umat Islam merasa bahawa itu sahajalah yang perlu mereka lakukan.

Mereka terlalu menumpukan kepada segala persoalan mengenai fiqh Solat dan ia hanya dilakukan sebagai amalan ritual semata-mata. Padahal pengertian dan implikasi solah itu sangat mendalam namun sering dilupakan.

Solat datang dari istilah “sila” yang bererti hubungan iaitu hubungan dengan Allah S.W.T. Bermakna Solat sepatutnya berperanan mengangkat darjat insan mendekati Penciptanya. Ketika solah dilakukan secara berjamaah ia memberi makna yang lebih jauh iaitu hamba-hamba Allah menyatakan sikap politik dalam bentuk kolektif ; iaitu semua manusia adalah sama disisi Allah S.W.T. Dari kacamata Islam , harta dan pangkat tidak relevan.

Aspek solat seperti yang dinyatakan ini telah tersisih dalam persepsi kaum Muslimin.Dalam Al Quran solat di institusi dan dipiawaikan. ( Surah Baqarah : 03).

Solat sebagai penyegar hubungan insan dengan Allah sangat besar kesannya kepada kehidupan bermasyarakat. Bila ia menjadi institusi yang diseragamkan sebagai perintah Allah yang mesti dipatuhi oleh seluruh warga Muslimin , impak sosialnya sangat besar sekali.

. ….(surah 29.45).

Bermakna setiap perintah Allah bila dilakukan oleh seorang insan , jika tidak membawa kesan sosial iaitu tercetusnya kegiatan sosial yang aktif , maka ia tidak mencapai tujuannya yang sebenar. Setiap ibadah yang diperintah berfungsi memulihara masyarakat dari kesesatan , maka amalan itu akan menjadi lompong , hanya bersifat satu dimensi dan hanya menjadi adat resam semata-mata.

Sebenarnya setiap ibadat khas yang ritual dalam Islam seperti solat mempunyai komponen sosial dan politik. Setiap amalan ibadat yang mengkondisikan kehendak manusia agar selari dengan kehendak Allah yang dilakukan oleh seorang Muslim perlu berakhir dengan kesan sosial yang lebih luas.Jika tidak , tujuan ibadah itu akan terhenti hanya untuk kepentingan peribadi semata-mata.

Seorang insan mudah terheret kepada tumpuan mengumpul kesenangan dunia. Dengan sebab itu perhubungannya dengan Allah melalui amalan solat adalah sangat penting dan sangat kuat pengaruhnya. Akan tetapi solat bukan hanya bertujuan untuk mengumpul pahala buat diri sendiri dalam maksud yang sempit. Akan tetapi tujuan sosial yang sangat mendalam ketika melakukan rukun fi’li (perbuatan) dan qauli (perkataan) dalam solat sangat perlu dihayati.

Secara bandingan ibadah Haji adalah jauh lebih kuat perhubungannya dengan Allah S.W.T. Allah sendiri telah menentukan perbuatan dan perkataan serta masa dan tempat yang perlu dilakukan ketika menunaikan Haji. Ia adalah jemputan khas dari Allah kepada hambaNya agar mengembara menuju ke RumahNya. …(3:97).

Akan tetapi jemputan khas ini telah dihalang oleh penguasa rumah Haramain - iaitu keluarga yang berada di rumah Saud. Mereka yang menetapkan hanya bilangan tertentu sahaja (satu peratus daripada setiap penduduk negara Islam) yang boleh menyahut panggilan ini kerana mereka mendakwa tidak punya keupayaaan untuk mengendalikan lautan manusia yang mengunjunginya setiap tahun.

Ternyata ketidakupayaan mereka telah menghalang umat Islam untuk menyahut panggilan Illahi ini.Pengakuan ini menunjukkan mereka sangat lemah dalam merancang ketibaan tetamu-tetamu Allah. Namun dalam masa yang sama mereka ingin terus menguasai rumah Allah ini .

Pada hakikatnya mereka itu , yang sebenarnya mewakili bekas penjajah iaitu British , ingin meneruskan kuasa penjajahan mereka ke atas umat Islam.Padahal mereka tidak mempunyai hak untuk mengawal kemasukan umat Islam ke tanah suci ini dan tidak berhak mendakwa mempunyai kuasa mutlak ke atas Mekah dan Madinah.

Ini adalah isu yang sangat penting perlu dibicarakan oleh seluruh umat Islam.

Sebenarnya keadaan umat Islam yang sudah hilang kefahaman terhadap falsafah Haji punya sebabnya. Sebabnya bukan hanya datang dari pengetahuan yang cetek tetapi juga dari perancangan yang disengajakan oleh pihak yang berkuasa.

Sangat mengecewakan ialah umat Islam tidak memahami untuk apa Allah memanggil mereka untuk menunaikan Haji. Kenapa mereka perlu berjalan jauh dan berbelanja wang mereka untuk amalan ini juga tidak difahami sebabnya. Adakah hanya kerana mahu menziarah Ka’bah dan berkhemah di Mina ?

Sememangnya kedua perbuatan ini sarat dengan pengelaman yang sangat istimewa. Malah berapakah orang dari 1.8 bilion Muslimin di dunia ini yang dapat berkesempatan melakukan ibadat ini ?

Akan tetapi adakah ini sahaja yang perlu dilakukan oleh kaum Muslimin?

Kita harus bertanya : apa tujuan sebenar Haji dan adakah tujuan itu terealisasi pada sekarang ini.? Jika tidak , apa faktor-faktor yang menghalang kaum Muslimin mencapai tuntutan Al Quran dan ajaran Rasul dalam menunaikan Haji? Apakah tidak memadai hanya diwakilkan seorang insan sahaja menunaikan Haji bagi semua pihak yang lain?

Haji adalah menegakkan kembali perjuangan para Rasul iaitu bermula dari Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Tetapi kita mesti ingat bahawa Nabi Ibrahim adalah penentang toghut di tanah airnya sendiri. Dengan menolak Tuhan-tuhan palsu yang disembah oleh kaumnya sendiri dan beliau menentang kuasa yang tidak sah dan kerana itu ia telah dilabelkan sebagai penentang sistem jahiliyyah yang berleluasa ketika itu , maka Nabi Ibrahim telah dihumban kedalam api namrud - api yang telah disejukkan dengan izin Allah.

Ini bermakna sesiapa yang berjuang menentang institusi yang zalim seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan komunti para Nabi , maka akan mendapat bantuan Allah seperti umat sebelumnya.

Adakah kita bersedia menentang toghut zaman moden ini , adakah memadai kita hanya melaksanakan ritual biasa dalam Haji tanpa memahami perjuangan Nabi Ibrahim dan tanpa berusaha untuk menghidupkan ruh perjuangannya itu dalam diri kita?

Haji juga adalah perhimpunan tahunan umat Islam. Tujuannya adalah untuk mengujudkan kesatuan ummah. Ketika menunaikan Haji seharusnya ahli jamaah Haji saling mengenali dan mengambil tahu antara satu sama lain . Kehadhiran umat Islam dari seluruh pelusuk dunia tiada tandingnya dengan mana-mana perhimpunan dunia. Sayangnya ketika umat Islam selesai menunaikan segala rukun Haji , nyata sekali ramai yang tidak mengambil tahu nasib dan keadaan saudara-saudaranya yang tertindas di negara yang lain. Haji merupakan kesempatan yang terbaik untuk umat berbincang mengenai nasib dan penderitaan saudara-saudaranya. Namun ternyata ini tidak berlaku.

Ini berlaku bukanlah secara kebetulan. Sikap ini sebenarnya sengaja ditanam.

Oleh itu untuk memahami bagaimana umat Islam berada dalam keadaan ini maka kita perlu memahami sejarah.

Pada akhir abad lalu British dan Perancis bersaing untuk menguasai Timur Tengah. Pihak British menyedari akan kepentingan Hijaz terutama sekali Mekah dan Madinah yang ditadbir oleh Khalifah Uthmani (Empayar Uthmaniah). Dengan kepintaran politik, mereka mengetahui bahawa dua kota ini adalah tempat penting bagi menggerakkan umat Islam.

Seorang Pegawai British, Kapten R. F. Burton, yang terkenal sebagai Richard burton menyuarakan kebimbangan seawal 1850-an bahawa Mekah dan Madinah boleh digunakan untuk menyebarkan idea yang boleh menjejaskan Britain, yang ketika itu sudahpun menjajah sebahagian besar negara Islam. Perkara ini dinyatakan dengan lebih jelas oleh Konsul British di Jeddah, yang bernama Zohrab. Dalam mesejnya kepada Pejabat Luar di London pada 1902, beliau menulis, “Perkara yang paling penting kepada politik England, saya percaya bahawa Hijaz adalah tumpuan utama pemikiran umat Islam dan nukleus yang mengeluarkan idea, nasihat, arahan dan implikasi dogmatik… Hijaz juga merupakan titik penting kepada England dan hubungannya dengan India… [Orang tertentu] saya mempercayai menunaikan haji atas alasan politik. Mekah adalah bebas daripada pencerobohan Eropah menjadi tempat selamat untuk mengadakan perhimpunan dan pertukaran idea. Hingga ke masa ini kita tidak pernah melihat siapa yang datang dan pergi… Oleh itu pertemuan boleh diadakan di Mekah untuk menentang kita mungkin dibentuk tanpa pengetahuan kita sehinggalah ia meletup…Jika Konsulat ini boleh mempercayai (menghantar dan ditugaskan) ejen Mussalman di Mekah, saya percaya sumber intelegen yang amat bernilai boleh diperolehi” (al-Amr, Saleh Muhammad: The Hijaz under Ottoman Rule: 1869-1914: Riyadh, 1978).

Amaran Konsul British ini dipandang begitu serius di London sehingga Britain dengan segera melantik dua ejen “Mussalman” berkhidmat di Semenanjung Arab. Salah seorang darinya ialah Sharif Husain ibn Ali dari Mekah, yang dilantik oleh orang Turki sebagai Gabenor Hijaz pada November 1908; seorang lagi ialah Abdul Aziz ibn Saud, bapa kepada kerajaan Arab Saudi pada hari ini. Keduanya dibayar ₤5,000 sterling sebulan dan bayaran sekali gus berjumlah ₤20,000 setahun, menurut kenyataan 2 Mac 1922 oleh Winston Churchill, Setiausaha British bagi tanah jajahan ketika itu di Dewan Rakyat.

Dua ejen British itu pada mulanya melemahkan pemerintahan Turki di Semenanjung Arab, dan kemudiannya berperang antara satu sama lain untuk mengawal Hijaz. Abdul Aziz ibn Saud berjaya menjatuhkan Sharif Husain dan diusir keluar dari Hijaz.

Dalam usaha untuk menenangkan Sharif Husain, British membentuk Trans-Jordan dari wilayah Palestin yang berada di bawah penguasaan Turki (yang dikuasai oleh mereka pada 1918) dan meletakkan salah seorang anak Sharif Husain, Abdullah untuk menduduki takhta. Seorang lagi anaknya, Faisal, diserahkan untuk mengawal Syria. Faisal kemudiannya dihalau keluar tetapi British menjadikannya Raja Iraq, yang juga dikawal oleh mereka. Malah beliau tidak bertahan lama; nasionalis Baath Iraq membunuh cucunya Faisal II dan harapan keluarga Husain untuk memerintah seluruh Semenanjung Arab berkecai. Mereka hanya mengawal Jordan sahaja, di mana ia berterusan sehingga ke hari ini dengan gelaran “Kerajaan Hashimiyah Jordan” walaupun ia tidak lebih dari koloni Zionis-AS yang menjaga kepentingan musuh Islam.

Perompak Abdul Aziz ibn Saud, yang menyamun rombongan haji, meneruskan cengkamannya ke atas seluruh Semenanjung Arab termasuk Hijaz sehingga 1932, dengan bantuan ketenteraan dan kewangan British. Beliau menamakan Arab “Saudi” yang mencabuli sepenuhnya Sunah Nabi (SAW) yang menamakan tanah yang dirahmati ini sebagai Semenanjung Arab. Abdul Aziz dan Aal-Saud terus bertindak sebagai ejen British sehingga Perang Dunia Kedua dan kemudiannya memindahkan kesetiaan mereka kepada Washington apabila AS muncul sebagai kuasa utama di pentas dunia. Sebagai sebahagian daripada tugasnya, keluarga Saud mencegah sebarang aktiviti pada musim haji yang boleh membawa kepada kritikan terhadap dasar AS. Keluarga Saudi lebih patuh kepada Amerika daripada Allah (SWT).

Inilah yang menjelaskan kenapa umat Islam dicegah daripada menggunakan haji sebagai tenaga penyatu bagi ummah atau sebagai kesempatan untuk mencari penyelesaian kepada masalah mereka yang begitu banyak.

Kita juga harus ingat bahawa Keluarga Saud menganggap Semenanjung Arab termasuk Mekah dan Madinah sebagai harta keluarga mereka sendiri. Mereka enggan mematuhi tuntutan umat Islam berhubung status dan pentadbiran Haramain, sehingga 1957 , bila Nawab dari Hyderabad Deccan membayar subsidi tahunan £25 juta untuk penyelenggaraan kota Mekah dan Madinah dan untuk menguruskan perkhidmatan haji.

Minyak ditemui di Semenanjung Arab lebih awal tetapi syarikat minyak Barat membayar sedikit sahaja sehingga Keluarga Saud tidak mampu menyelenggara dengan sempurna kota Haramain tanpa bantuan luar. Hanyalah selepas 1957 mereka mula menanggung kos penyelenggaraan itu sendiri. Ini menunjukkan bahawa ummah tidak pernah mengiktiraf Haramain sebagai harta persendirian Al-Saud; mereka adalah pemilik tidak sah tempat suci itu dan telah menyebabkan banyak kerosakan kepadanya.

Dengan dalih untuk menyediakan “perkhidmatan yang lebih baik” kepada para jemaah haji, tempat bersejarah Mekah dan Madinah secara sistematik diubah dan dimusnahkan.

Di kota itu telah muncul pusat perdagangan gaya Barat seakan-akan seperti mengkomersialkan secara berlebihan Krismas yang disambut di Amerika. Terdapat hotel lima bintang dan pusat membeli belah dengan rangkaian restoran makanan Amerika seperti Pizza Hut, Kentucky Fried Chicken, Starbucks (dengan logo dewi pujaan dan boleh dilihat secara langsung daripada Masjidil Haram!) dan McDonald’s yang menjual makanan segera “halal” kepada umat Islam yang bercita rasa Barat yang secara tidak langsung memusnahkan persekitaran rohaniah Mekah dan Madinah.

Mekah telah mengalami kemusnahan yang besar; bukan hanya bangunan tetapi seluruh pergunungan juga turut dimusnahkan.

Pemusnahan Madinah juga akan turut menyusul.Di seluruh dunia penduduknya memulihara tapak sejarah mereka sebagai monumen yang dihargai; namun Keluarga Saud pula sibuk memusnahkan tapak bersejarah Islam. Kini tiada lagi kesan rumah di mana Nabi (SAW) dilahirkan atau rumah di mana beliau tinggal bersama dengan Umu Mukminin Siti Khadijah (RA) di Mekah. Akhirnya tempat itu telah ditukarkan menjadi tandas. Tapak bersejarah Madinah telah mengalami pemusnahan yang sama. Sebaliknya bahan bersejarah yang mempromosikan sejarah Keluarga Saud telah dipulihara dengan baik sekali.

Sebagai tambahan kepada pemusnahan fizikal Mekah dan Madinah, terdapat usaha tersembunyi untuk mengosongkan ibadah haji daripada kandungan dan maknanya yang sebenar. Allah (SWT) berfirman di dalam al-Quran bahawa sewaktu haji umat Islam mestilah mengisytiharkan pemisahan mereka, baraa’a, daripada musyrik.

Firman Allah s.w.t dalam surah At Taubah:3: “Dan inilah suatu pemakluman dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia pada hari haji akbar, bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya berlepas diri dari orang-orang musyrikin. Kemudian jika kamu (kaum musyrikin) bertaubat, maka bertaubat itu lebih baik bagimu; dan jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu tidak dapat melemahkan Allah. Dan beritakanlah kepada orang-orang kafir bahawa mereka akan mendapat siksa yang pedih.” .

Ayat ini diturunkan dalam tahun kesembilan Hijrah apabila umat Islam diketuai oleh Saidina Abu Bakar (ra), telah meninggalkan Madinah untuk mengerjakan Haji. Nabi (SAW) dengan segera mengutuskan Imam Ali (ra) untuk mengisytiharkan ayat ini pada musim Haji.

Pemisahan yang jelas dan terbuka daripada musyrik adalah perintah dari Al-Quran, di bawah dogma rasmi dan sejarah. Malangnya ia telah ditinggalkan dan hampir dilupakan sepenuhnya. Seseorang itu mestilah bertanyakan kenapa begitu sedikit ulama menarik perhatian kepada perintah penting daripada al-Quran ini. Pada hakikatnya ayat ini jarang atau tidak pernah disebut dalam konteks Haji. Kenapa? Adakah umat Islam tidak menderita di tangan golongan musyrik pada hari ini - pemerintah Amerika, Britain, Perancis, Israel, India dan lain-lain? Jika jawapannya ya (dan tidak terdapat jawapan lain), kenapakah musim Haji tidak digunakan untuk mengerakkan ummah untuk mempertahankan umat Islam daripada jenayah musuh Islam?

Berapa banyakkah lagi penderitaan yang mesti ditanggung oleh umat Islam sebelum Haji boleh dikembalikan kepada peranannya yang sebenar: iaitu sebagai titik permulaan tahunan yang unik untuk mengembalikan perpaduan ummah, komitmen kepada Allah dan penegasan kita untuk berdiri mempertahankan diri terhadap semua kuasa penindas di dunia selaras dengan perintah Tuhan dan memenuhi contoh yang telah ditunjukkan oleh pesuruh Allah (SAW).

Kesengsaraan penduduk Palestin dan pendudukan al-Quds yang berterusan oleh Zionis, jenayah kejam di Iraq, Afrghanistan, Kashmir dan Chechnya, dan kezaliman lain di mana-mana sahaja, adalah alasan yang kuat kenapa menjadikan Haji sebagai pertemuan untuk menggerakkan umat Islam menentang musuh Islam dan ummah.

Seterusnya dalam tahun ke sepuluh Hijrah, apabila Nabi (SAW) memberikan kuthbah perpisahan, ia memberikan satu kesan yang nyata bahawa beliau menyampaikan kepada umat Islam yang berhimpun itu hujah utama Ad-Deen mereka. Hujah ini mereka perlu bawa untuk semua manusia, ketika mereka menunaikan Haji - satu-satunya Haji selepas baginda berhijrah ke Madinah. Baginda bercakap dalam istilah yang khusus dan luas mengenai sahsiyyah Islam, dan mengenai makna keadilan ekonomi dan sosial. Mesej perpisahan ini adalah sebahagian dan merupakan ritual Haji pada awalnya; bermakna bahawa Haji tidak akan lengkap tanpa doa ini - doa yang diikrarkan dengan kenyataan, “Aku telah meninggalkan dalam kalangan kamu yang mana jika kamu berpegang teguh kepadanya kamu tidak akan berada di jalan yang salah: Al-Quran kitab suci Allah dan sunahku.”

Golongan intelektual di Semenanjung Arab begitu menyanjung Sunnah sehingga mengangkatnya lebih penting dari , malah mengatasi Al-Quran itu sendiri.

Jika begitu , apakah Sunnah berikut tidak penting ? : bercakap mengenai keadilan sosial ketika haji, menghukum mereka yang menjadi hamba ekonomi dengan menginstitusikan riba, mengesahkan demokrasi sebagai sebagai alasan itu melakukan pembunuhan beramai-ramai, menyerahkan pemilikan harta kepada mereka yang berhak ke atasnya , menggerakkan separuh daripada penduduk dunia yang kini dinafikan hak mereka , malah terus dicabuli dan menentang barah rasisme dan militarisme yang disemai oleh golongan penindas.

Apakah salahnya pemimpin dan umat Islam mengerjakan Haji bersama-sama? Apakah salahnya pemimpin ini yang menyediakan panduan dan menyampaikan kata-kata hikmah, tanggungjawab, inspirasi dan motivasi kepada umat Islam apabila mereka berkumpul beramai-ramai di musin Haji? Siapa lagi selain daripada Allah (SWT) yang menciptakan sebuah forum sedemikian unik untuk membolehkan pemimpin-pemimpin bercakap demi menangani masalah umat Islam?

Adakah sesiapa terfikir bagaimana sukarnya untuk mengumpulkan begitu ramai orang untuk membangunkan kesedaran sosial dalam suatu peristiwa sehebat ibadat Haji?

Ini adalah kerana mereka yang memerintah di tanah suci umat Islam ini tidak berhajat samasekali untuk memberi panduan kepada ummah. Sebab itulah mereka bersembunyi di dalam istana mewah mereka atau bercuti sewaktu musim Haji di villa mereka yang terletak di tepi sungai yang indah . Sebab itulah juga mereka pada waktu yang lain melakukan Haji eksekutif dengan memastikan Baitul Haram disunyikan dari masyarakat supaya mereka dapat melakukan tawaf dan sa’i jauh daripada pemandangan orang ramai dan jauh daripada kutukan dan rasa meluat umat Islam yang menderita di dunia ini.

Haji menuntut mereka untuk berdiri samarata dengan semua kaum Muslimin yang lain . Ia membangkit keinsafan kepada semua bahawa setiap orang bertanggungjawab ke atas setiap perlakuan masing-masing.

Soalnya , siapa dikalangan kita yang sanggup menyatakan pemimpin-pemimpin kitalah yang bertangungjawab keatas kesengsaraan kaum Muslimin di merata dunia? Siapa yang sangup menyatakan ini semasa Haji? Siapa yang sanggup menegaskan bahawa pemimpin-pemimpin Islam seharusnya bersama menunaikan Haji sebagai sebahagian dari Sunnah yang perlu dilaksanakan?

Jawabnya tiada yang sanggup.

Pertimbangkan contoh berikut: Sesudah Rasulullah s.a.w wafat , bila kaum Muslimin berada dalam keadaan krisis politik pada zaman khalifah ketiga iaitu dihujung pemerintahan Uthmaniyyah , 600 orang wakil tiap satu dari Kufa , Basra dan Mesir semasa Haji berkumpul untuk membincangkan maslahah ummah secara berdepan dengan pemimpin-pemimpin Islam.

Bilakah zaman terakhir yang dapat kita lihat pengikut berani dan tahu menegur golongan pemimpin tanpa rasa takut diugut atau dipenjara oleh pihak yang berkuasa? Bilakah Haji terakhir yang memberi peluang kepada kaum Muslimin berbincang mengenai hal ehwal Islam tanpa diambil tindakan oleh pihak militari dibawah regim zalim? Bilakah yang terakhir kita dapat melihat ketua-ketua negara bebas dari kawalan keselamatan bila berada dikhalayak ramai? Bilakah pernah diadakan perbincangan mengenai nasib umat Islam tertindas diseluruh dunia dan menggariskan strategi yang perlu diambil?

Jawabnya sudah tidak berlaku lagi sehingga hari ini.

Ini adalah kerana hubungan antara umat Islam dan pemimpin-pemimpin Islam sudah tidak ujud lagi. Haji sepatutnya melambangkan hal itu.

Allah menegaskan mengenai tujuan rumah pertama , Baitullah dibina……… ( 3:96)

Apa yang bermula dengan niat hanya kerana Allah harus berakhir dengan rahmat dan petunjuk untuk seluruh alam ; bermakna hubungan antara saudara Muslim ( pemimpin dan yang dipimpin) perlu mengujudkan hubungan yang harmonis pula dengan semua ciptaan Allah yang lain pula.

Semenjak beberapa dekad yang lalu jumlah jamaah Haji bertambah dari ratusan ribu kepada jutaan orang. Dengan jumlah yang bertambah untuk menyahut panggilan Allah , sudahkah dunia melihat kebuluran dan kemiskinan berkurangan , bilangan pelarian dan mereka yang semakin terhimpit dan berada dalam keadaan menderita juga semakin menurun?

Jawabnya tidak.

Kenapa jumlah Haji bertambah namun yang menderita di dunia tidak pula berkurangan malah semakin bertambah? Bukankah yang sepatutnya berlaku adalah disebaliknya?

Jadi apakah bezanya antara Haji jutaan umat dengan Haji Rasulullah s.a.w atau Haji para Khalifah?

Apa yang jelas kehilangan ialah ketiadaan mobilisasi dan aktivisme massa untuk mengembalikan keadilan sosial dalam dunia agar memberi rahmat kepada sekalian alam.

Ini memerlukan para pemimpin yang cergas , peka dan dinamik untuk menyusun program. Kita memerlukan pemimpin bersama sebaris dengan umat yang tertindas . Hanya dengan ini sahaja , Haji boleh menjadi sebuah konferensi dunia selayaknya untuk umat Islam.

Lihat ayat Ali Imran …..(9:104)

Juga “……(3:97)

Setiap Muslim seharusnya berada dalam keadaan sihat , secara kewangan mahupun fizikal untuk melaksanakan tanggungjawab Haji iaitu ” perjalanan sekali seumur hidup ini”. Mereka perlu melunaskan segala hutang dan bersiap dengan kekuatan fizikal untuk melaksanakan upacara Haji. Adakah kehendak Rasulullah s.a.w ini hanya bermaksud untuk seorang ahli Haji hanya bersegera melaksanakan segala rukun Haji yang ritual itu dan pulang tanpa ada rasa tanggungjawab sosial? Adakah Haji hanya sebuah perhimpunan sosial ataukah hanya 2 juta individu manusia yang berkumpul setiap tahun?

Nyata dalam ayat yang diwahyukan kepada Rasulullah S.A.W. bahawa terdapat dua syarat terpenting iaitu melunaskan hutang dan tubuh badan yang sihat . Nampaknya dalam dunia sekarang mereka yang muda dan kuat tubuh badan ramai pula yang tersangkut dengan hutang , manakala yang telah dapat melunaskan hutang adalah mereka yang berada dalam usia yang tua , tidak punya kekuatan fizikal dan uzur. Kedua-duanya nampak tidak memenuhi syarat yang dikehendakki untuk menunaikan segala rukun Haji jika hanya ritual itu sahaja yang ada dalam minda seorang yang berniat untuk menunaikan Haji.

Hutang dan berpenyakit atau uzur adalah sesuatu yang sepatutnya tidak berlaku dikalangan orang Islam secara berterusan. Namun kenapa ini pula yang berlaku ?

Allah memberi jawapan kepada persoalan ini :………. (3:98-99)

Perkataan Kufr dalam ayat ini merujuk semula kepada ayat 3:97 menjelaskan sesuatu yang sudah jelas. Kenapa kamu , Ahl Kitab , menghalang mereka yang mahu ke rumah Allah untuk menyahut panggilanNya?

Apakah halangan-halangan itu?

Kita tahu tentang krisis kewangan global sekarang : kaum Muslimin menerima kesan lebih parah dari yang lain. Jika anda tidak mampu membeli makanan sendiri anda tidak akan terfikir untuk pergi menunaikan Haji.

Terdapat juga isu keselamatan di kawasan Semenanjung Arab. Di sebelah Barat ada Somalia dan Sudan , ke utara ada Palestin dan Iraq yang diceroboh dan dijajah, demikian juga ugutan terus-menerus terhadap Lebanon , Jordan dan Syria . Disebelah Timur

terdapat sekatan ekonomi yang berterusan terhadap Republik Islam, dan juga pencerobohan di Afghanistan bersama dengan ketidakstabilan di Pakistan; dan ke selatan terdapat ancaman baru daripada lanun di kawasan perairan itu.

Kemudian sudah tentu terdapat penjajahan yang masih berkekalan yang kini dilakukan oleh Amerika dan Eropah iaitu memaksakan ujudnya model negara bangsa dan menguatkuasakan visa terhad dan kuota yang dikenakan terhadap umat Islam untuk menunaikan Haji.

Semua ini menunjukkan cara Ahl al-Kitab menguruskan dunia selama empat abad yang lalu. Adakah semua ini satu kebetulan? Atau adakah ini cara budaya kuasa Judeo-Christian di dunia ini mahukan?

Bolehkah hutang yang telah mengikat banyak negara dan penduduk dunia, ditambah dengan situasi keselamatan yang tidak stabil di Negara-negara Islam membolehkan umat Islam yang sihat dan penuh bertenaga menyahut arahan pembebasan dan kebebasan daripada Allah (SWT) ketika mengerjakan Haji?

Bebas dari hutang dan tubuh badan yang sihat diperlukan untuk menunaikan Haji kerana hanya mereka yang berada dalam kedudukan yang baik sahaja boleh kembali dan membuat perubahan yang diperlukan. Mereka inilah yang mampu dari segi fizikal untuk mempertahankan dan menegakkan kebenaran dan keadilan; mereka inilah yang bertenaga dan tidak disibukkan untuk bekerja untuk melunaskan hutang. Mereka bebas dan membebaskan nurani mereka agar dapat menumpukan kepada kerja yang lebih besar untuk menstabilkan dunia di sekeliling mereka. Mereka inilah yang diperlukan menunaikan Haji dan menerima arahan untuk bertindak, mengembalikan kedaulatan Islam dan melancarkan revolusi ummah. Mereka inilah jua yang perlu melaksanakan perintah suci apabila mereka kembali semula ke kediaman mereka masing-masing.

Mekah adalah enjin, Al-Quran dan Sunnah adalah cetusan api, dan umat Islam yang menunaikan haji merupakan piston yang mencetuskan api dalam bentuk gerakan menentang kuasa rasuah, penindasan, penjajahan, zionisme, materialisme, militarisme, korporatisme, atheisme dan segala jenayah terancang yang berleluasa sekarang ini.

Penjajaran dan pengharmonian semula semua ini untuk mengujudkan keseimbangan kehidupan perlu diterjemahkan setahun sekali di markaz besar Ummah iaitu di Mekah .Umat Islam yang kukuh dan kuat dan bersemangat sahaja yang dapat merealisasikan tugas yang maha berat ini.

Sedar tidak sedar terdapat hubungan saling mempengaruhi antara perlaksanaan amalan rukun Haji yang hanya dilakukan secara ritual dengan pengolahan fizikal gaya Barat yang diujudkan di persekitaran kota suci Haramain oleh keluarga Saud. Keduanya adalah untuk memastikan umat Islam tertumpu atau tertarik kepada perkara keduniaan. Amalan ritual Haji dan budaya kepenggunaan yang paling jelik dalam pasaran disatukan . Ini dengan sengaja diolah supaya umat Islam tidak mempunyai masa untuk memberi perhatian kepada berfikir , merancang dan melaksana penyelesaian terhadap pebagai masalah yang dihadapi oleh Ummah.

Mendedahkan siapa musuh Islam juga akan mendedahkan keluarga Saud sebagai ejen mereka. Inilah yang hendak mereka elakkan kerana ini akan menyukarkan mereka untuk terus mengawal Haramain.

Halangan mereka untuk umat melaksanakan perintah suci Haji dan segala tuntutan dan ertinya yang sebenar adalah pencabulan sepenuhnya terhadap Islam dan adalah bid’ah yang paling buruk.

Adakah umat Islam sanggup untuk mengubah semua ini atau adakah mereka mahu terus berpuas hati dengan tidak mempedulikan aspek Haji yang paling penting ini. Jika ya , maka umat Islam akan mendedahkan diri mereka sendiri kepada kesan yang tidak dapat dielakkan lagi apabila mereka turut merestui pencabulan ke atas perintah Allah (SWT)?

Komen: Malangnya umat Islam hanya menjadikan ibadat Haji sebagai satu amalan ritual atau hanya mencari sanjungan masyarakat. Ibadat Haji adalah lebih dari itu. Inilah akibatnya apabila mengangkat pemimpin yang berjiwa munafik, umat menjadi lemah. Takut sesama makhluk mengatasi takut kepada Yang Maha Agung. Moga Allah memberikan kekuatan kepada para pejuang Islam untuk bangun menentang dengan harta dan jiwa. Dan kita juga berdoa agar kita termasuk di dalam golongan ini.

Saturday, April 11, 2009

NABI NUH

Nabi Nuh, nama yang tidak asing bagi umat yang menganut agama samawi. Kisah banjir besar di zaman Nabi Nuh juga terdapat di dalam pelbagai versi bagi semua bangsa di dunia ini.
Zaman Nabi Nuh sekitar tahun 3650 SM, ianya berlaku di selatan Iraq. Mungkin berlaku di zaman Tamadun Mesopotamia (masih buat kajian lagi). Di dalam Al Quran ada mengisahkan tentang Nabi Nuh dan kesesatan kaumnya. Kesabaran Nabi Nuh tidak boleh dipertikaikan. Berdakwah di dalam tempoh yang lama walaupun tidak mendapat sambutan dari kalangan umatnya. "Dan sesungguhnya, Kami telah utuskan Nuh kepada kaumnya, maka dia tinggal bersama mereka selama seribu tahun kurang lima puluh tahun" (Al Ankabut, 14)
Kesungguhan Nabi Allah berdakwah, siang dan malam tanpa mengira penat dan lelah. Tanpa mendapat sebarang ganjaran dunia, dakwah disampaikan. Bagi kaumnya, Nabi Nuh adalah musuh. Berbagai tuduhan dilontarkan antaranya dikatakan gila, nak pangkat dan pelbagai tuduhan yang menyakitkan hati. Namun Nabi Nuh sabar menghadapinya sehinggalah beliau berdoa, "Nuh berkata, 'Ya Rabb, janganlah Engkau biarkan seorang pun di antara orang - orang kafir itu tinggal di muka bumi ini" (Nuh, 26).
Dipendekkan cerita, kaum Nuh pun dihapuskan dengan banjir besar.
Sesungguhnya dunia adalah milik orang beriman, maka tidaklah layak orang yang tidak beriman mendapatkannya setelah diberi peringatan.
Banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisahnya. Kesungguhan berdakwah tanpa mengira penat, lelah, jemu dan upah. Nescaya sukar bagi kita. Tetapi itulah syarat mendapat ganjaran Ilahi. Jika kita ingin mendapatkan janji Allah, kita perlu berkorban. Jangan jadi seperti pendakwah kini yang tidak akan berdakwah tanpa upah. Para - para Nabi terdahulu tidak mendapat wang yang turun dari langit. Apatah lagi ke kita yang banyak dosa ini.
Sifat sabar baginda Nuh, selama 950 tahun dengan pengikut tidak sampai 100 orang. Dengan kerja siang malam, sehinggalah baginda merasakan tiada harapan untuk umatnya mahu berubah.
Keputusan Allah adalah penentu. Apabila Allah telah menjatuhkan hukumannya maka tiadalah yang bernilai, walaupun mempunyai berbillion ringgit, kita tidak mampu menghalang nyawa dari tercabut. Biarpun kita seorang Raja, Perdana Menteri, Ketua Polis, Ketua Hospital, Ketua Bomba sekiranya kita zalim, kita engkar, putusan Allah dan azabnya amat pedih.
Inilah kisah kaum Nuh, sekarang sedang mendapat siksaan mereka kerana tidak mempercayai kebenaran yang dibawa oleh Nabi Nuh dan zalim kepada diri sendiri. Andainya kita dibuka pintu hati nescaya kita takut untuk engkar kepada kebenaran. Tetapi dunia adalah tempat ujian, nescaya Allah tidak membukanya agar dapat dinilai siapakah yang terbaik di kalangan kita. Mungkin orang yang tidak dikenali hari ini adalah lebih mulia dari seorang Perdana Menteri dan Ketua Polis, Ketua SPRM, Ketua Hospital yang terpaksa menanggung beban azab di alam Barzah, alam Mahsyar dan alam Akhirat kerana kezaliman dan ketidakadilan mereka di dunia.
Hanya Allah yang lebih mengetahui dan moga kita dijauhi dari azab Allah.
Kepada para pejuang kebenaran dan keadilan, teruskan berdakwah walau apa halangan melintang kerana yakin kepada janji Allah menunggu.
Kepada para penzalim, ingatlah kisah para Nabi sepatutnya menjadi pengajaran. Tanpa mengira darjat, pangkat, kedudukan, tempat kembali sebenar bukannya di dunia fana' ini.

KISAH NABI NUH


Ini cuma copy and paste sahaja. Sekadar bacaan dan renungan kepada kita. Di dalam kisah para nabi menjadi tauladan kepada kita. Moga dapat diambil iktibar.


Bahtera Nabi Nuh A.S
(The Great Noah Ark)

Rujukan asal dari : http://www.variasari.cjb.net/
Artikel telah di edit tanpa menjejaskan artikel sebenar.

Gambar : Bahtera Nabi Nuh AS di gunung Ararat.

Di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri 'berharga' yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yg maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar. pihak2 CIA telah menggunakan satelite dan pesawat 'Stealth' utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung itu.

Gambar2 itu telah menjadi 'rahsia besar' dan disimpan rapi dgn kawalan yg ketat bersama dgn 'rahsia2' penting yg lain di Pentagon. Sudah beratus2 org cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yg bermaksud 'Gunung Kesengsaraan'atau dgn nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa2 kerat saja yg berjaya.Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban.

Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki shj yg berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yg 'mahaberharga' itu.Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar.

Apa yg masih menjadi tanda tanya,kesemua orang2 yg berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai2 bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dgn penuh misteri.Hanya semata2 kerana gambar tersebut. Memang ramai org yg telah mengambil gambar kesan sejarah 'Noah' itu telah mati misteri.

Soalnya sekarang, mengapakah 'kuasa2 besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat2 rahsia tentera ?. Mengapa mereka tak mau mengesahkan bahawa peninggalan 'Noah' benar2 ada di puncak Mt .Ararat itu ? Pada masa yg sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark ! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai,kerana selama itu orang menafikannya.

Samalah The Great Noah Ark tu pun.Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 thn itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa utk dibongkar.

Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yg kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu they all dah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yg digunakan utk menyadurkan logam.

Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer.Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C

Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada didunia sekarang. Mengikut para pendaki yg pernah melihat "Noah Ark" di puncak Mt.Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat. "Noah Ark" itu diperbuat drp spesis kayu purba yg memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk 'kotak kasut', tidak cantik, tapi sangat berfungsi.

Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dgn jari yg digunakan oleh orang2 zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang "Noah Ark" ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi.

Ada juga Para Pengkaji berpendapat,"Noah Ark" berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.

Hari nih terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini.Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia,
8600 jenis itik/burung,6300 jenis reptilia,2500 jenis amfibia yg menaiki The Great Noah Ark itu.Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.

Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat:
Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh. Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu'jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168)


Gambar : Angaran saiz Bahtera Nabi Nuh AS dgn sebuah rumah.


The Great Noah Ark ini berada di Mt.Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ?

Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yg unik. Antara salah satu keunikan yg terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.

Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai kemuncak yg luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yg tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian dgn kemuncak dipanggil Ararat Besar dgn ketinggian 16,984 kaki.Bersententangan dgn sebuah lagi kemuncak gunung yg dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yg menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu "Russia,Iran,Turkey".

Kedudukan Mt.Ararat yg sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau korang tengok
CNN hari nih pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak2 Guerilla Qurdish yg mahukan kemerdekaan dari kr'jaan Turkey.

Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu kira2 25 batu garis pusat.Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan2 air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora.


Gambar : Sebahagian Bahtera Nabi Nuh AS dilitupi salji.

Sebuah 'anchor' purba yg besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yg digunakan oleh 'Noah Ark' semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat. Sebuah 'batu nisan' yg didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang.

Pada tahun 1917,Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 org pakar pelbagai bidang yg terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut.

Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan utk sampai ke puncak Mt.Ararat itu.Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' tersebut.

Dalam keadaan tergaman,kagum mereka mengambil gambar sebanyak yg mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu berukuran 500 kaki panjang,83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji]

Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau dimusnahkan.

Gambar : Bahtera Nabi Nuh AS menurut gambaran pendaki.


Artikel Pengalaman-pengalaman Menarik Para Pengkaji Noah Ark.

* Catatan seorang Pendaki dan Pengkaji "Noah Ark" di Mount Ararat. (Dr.John Morris)

Banyak sungguh halangan utk mencari The Great Noah Ark.Saya dah daki banyak gunung lain di dunia dan saya dah daki Ararat nih sebanyak 13 kali sebelum berjaya. Saya cuma nak ingatkan "Mt.Ararat nih memang sebuah gunung yg meragut nyawa". Kalau dari sebelah selatan,Mt.Ararat ini adalah seperti kon air batu, dari sebelah berlawanannya pula terdapat sebuah lurah yg dipanggil "Lurah Ahora", terdapat dinding2 batu yg curam.Bahagian yg curam itu sememangnya sukar utk didaki.

Mt.Ararat ialah sebuah gunung berapi yg telah meletus beberapa kali semenjak peristiwa 'banjir besar Noah" itu dulu.Puncaknya ditutupi dgn air batu seluas 17 batu persegi glasiar dan penutupan ke bawah ke paras 14,000 kaki. Semasa glasiar itu bergerak turun, ia juga membawa sama bekas kepingan lahar gunung berapi dan terjadinya batu runtuh.

Memanjat dari arah air batu yg meluncur itu memang susah. Bermacam² masalah akan timbul. Tanah runtuh, cuaca ganas, anjing serigala liar, beruang gunung beserta ular² berbisa sering datang menganggu.

Puncak gunung yg setinggi 17,000 kaki yg ditutupi dgn airbatu itu pula selalu terjadi cuaca yg tidak menentu. Di situ angin bertiup kencang, suhu amat sejuk dan sebarang cecair akan menjadi beku tersejat.

Setiap petang terdapat kilat yg diikuti angin,hujan dan salji.Angin yg bertiup biasanya 100 batu/jam. Pada suatu malam saya pernah alami suhu menurun sehingga negatif 40 darjah Celsius dan angin bertiup selaju 80 batu sejam. Cuaca sahaja pun telah membuat kita cukup sengsara. Oleh kerana Ararat ialah sebuah gunung berapi,gas yg keluar dari gunung itu ialah gas beracun yg boleh mendatangkan masalah utk kami bernafas. Saya sendiri pun tinggal di puncak Ararat selama 1 minggu dan dlm keadaan susah utk bernafas.

Puak2 yg tinggal berdekatan dgn gunung juga turut memberikan banyak masalah kpd kami,kami telah ditembak beberapa kali,oleh perompak. Guerrila Qurdish juga telah menggunakan gunung itu sbg tempat persembunyian dalam pertelingkahan dgn kerajaan Turkey dan Timur Tengah. Kumpulan kami tidak ada yg terkorban tapi kami menghadapi banyak masalah dan cedera parah.

Ramai org telah terkorban di gunung itu dalam mencari The Great Noah Ark. Pengalaman yg paling pahit sekali ialah ketika kami berada di paras 14,000 kaki. Kami terkena pancaran kilat. Akhirnya kami berjaya juga sampai ke puncak Ararat dan menghabiskan masa selama 1 minggu utk mencari The Great Noah Ark.

* Catatan Mr.Ronald Bennet, bekas jurufoto Whitehouse yg sekarang ini telah bersara,tinggal di sebuah bandar -La Jolla,California

US.President-Jimmy Carter telah dijemput hadir ke Majlis Tahun Baru yg diadakan oleh Shah Iran di Tehran. Ronald Bennet telah ternampak sesuatu berbentuk seperti 'kotak kasut yg besar' ditimbus airbatu ketika Air Force One yg membawa President Jimmy Carter melintasi Mt.Ararat. [Air Force One telah bertolak dari Washington DC menuju ke Warsaw, Poland pada 29th.Dec.1977 dan kemudiannya ke Tehran pada 31th.Dec.1977]

"Saya adalah jurufoto dan wartawan ygb meliputi segala aktiviti Whitehouse selalu sahaja ikut President Jimmy Carter ke mana² bagi membuat laporan tentang aktiviti US.President. Semasa peristiwa itu berlaku, kami dalam perjalanan dari Poland ke Tehran. Semasa terbang diutara Turkey, kami telah disuruh memandang ke tingkap. Pada masa yg sama ada beberapa buah pesawat MIG Fulcrum USSR sedang mengiringi Air Force One yg kami naiki. Kami memandang ke tingkap kami nampak dengan jelas "sebuah kotak panjang seperti bahtera yg besar sebahagiannya ditutupi dgn airbatu."

* Gambar The Noah Ark Yang Hilang

Seorang jurutera minyak telah menaiki helikopter di bahagin Utara Mt.Ararat kerana urusan perniagaan.Tiba² terkejut melihat satu kotak besar yg panjang menyerupai bahtera terjulur keluar dari air batu. Jurutera itu kemudiannya menyuruh pilotnya mendekatkan helikopter ke bahtera sedekat yg mungkin bagi mengambil seberapa banyak gambar.

Dengan rasa bangga dan seronok dia menunjukkan segala gambar² yg telah diambil olehnya itu kepad semua rakan² di Timur tengah dan Amerika. Dalam masa yg sama dia cuba mencari bantuan kewangan utk menjalankan satu ekspidisi bagi mencari "Noah Ark". Malangnya dia tidak berjaya dan dgn rasa kecewa dia ke British Guyana dan membuka lombong minyak disitu.

Pada 27th.Dec.1962, Jurutera itu dijumpai mati dibunuh dgn keadaan badannya dijumpai terapung di kolam renang hotel.

Kawan baiknya dalam membuat laporan Polis ada mengatakan bahawa almari tempat menyimpan segala gambar/filem "Noah Ark" telah digeledah orang 10 hari sebelum kejadian.

Filem dan gambar Noah Ark telah hilang, ramai kawan baik jurutera itu mengesahkan yg mereka telah melihat foto hitam/putih "Noah Ark" yg berukuran 8 X 10 inchi. Dan tidak menolak kemungkinan di bunuh kerana foto tersebut.

* Pengakuan Paderi Kristian - Pastor Harold William dari Logansport, Indiana

Pengakuan dibuat pada sebuah media, ada seorang kawannya seorang imigran Muslim yg berbangsa Armenia bernama Haji Yearam yg telah tinggal di kaki Mt.Ararat. Mengikut sejarah/tradisi,mereka ini adalah keturunan terus menerus yg keluar dari " Noah Ark " itu dan tidak berhijrah ke mana². Keturunan Hj.Yearam sentiasa tinggal di kaki Mt.Ararat itu.

Beberapa ratus tahun selepas 'bah besar' , anak cucu keturunannya telah mendaki ke Puncak Ararat utk memberi penghormatan dan melihat "Noah Ark" itu. Masa itu masih ada lagi laluan menuju ke bahtera dan entah macamana laluan itu telah musnah dan tidak dapat dikesan kini.mungkin kerana perubahan cuaca,gempa bumi dan sebagainya.

Semasa Hj.Yearam masih kecil,ada beberapa org bangsa asing telah datang ke rumahnya.Mereka ini adalah orang yg tidak percaya dgn Al-Quran dan sebarang agama. Mereka adalah saintis,mereka dlm perjalanan melakukan ekspidisi utk membuktikan bahawa cerita The Great Noah Ark itu adalah berupa dongeng semata².

Para saintist kemudiannya megupah bapa Hj.Yearam bagi menjadi pemandu ke Puncak Mt.Ararat dan Hj.Yearam yg pada masa itu masih kecil pun turut serta. Waktu itu musim panas, airbatu salji yg menutupi sebahgian Puncak Ararat mencair.

Selepas bersusah payah mendaki akhirnya mereka pun tiba di puncak. Dgn jelas "Noah Ark" kelihatan seolah2 berada didlm tasik kecil. Air dari tasik kelihatan melimpah keluar turun kebawah Apabila mereka sampai di tasik itu, jelas kelihatan sebahagian dari "Noah Ark"
itu tertonjol keluar dari airbatu.Para saintis kemudiannya meluru ke bahtera. Mereka tergaman dan berasa malu.

Seluruh behgian luar dan dalam "Noah Ark" itu diselaputi syellek atau lacker serta bahan pengilat yg kuat dan tebal. Tidak kelihatan sebarang tingkap, terdapat hanya sebuah pintu besar tetapi daun nya sudah tiada lagi. Para saintis kemudiannya marah. Mereka cuba mengopek kayu bahtera tersebut, membuat unggun api bagi tujuan membakar dan memusnahkan "Noah Ark" tersebut Maha Suci Allah dgn keadaan kekurangan pelbagai alatan segala usaha mereka itu sia². Apatah lagi dengan keadaan "Noah Ark" itu sendiri yg keras seperti batu. Kayunya tidak berupaya terbakar langsung.

Para saintist itu kemudianya memberi amaran kpd ayah Hj.Yearam agar merahsiakan apa yg mereka tahu dan nampak jika maukan keluarga mereka selamat. Sebab itu dikala tuanya baru bercerita,itu pun hanya pada org dipercayainya shj. Wallahuallam..

* Gempa Bumi

Pada 2nd.May.1883,telah berlaku satu gempa bumi menyebabkan batu dan ketulan runtuh dan turun hingga menutup hampir keseluhuran kampung2 yg terdapat di kaki Mt.Ararat. Letupan gunung berapi amatlah dasat,sehingga dikatakan keseluruhan
benua Eropah dapat merasainya.

Setahun kemudian, Kerajaan Turkey menghantar 1 kumpulan ekspidisi saintis bagi mengukur sejauh mana kemusnahan yg di akibatkan darinya.

Seorang Inggeris Captain Gayscoyne yg juga merupakan seorg Duta British di Istanbul telah memohon kpd kerajaan Turkey utk menyertainya. Diaamat bernasib baik kerana dapat melihat kemunculan The Great Noah Ark itu. Bukan itu sahaja, malah pasukan saintis/juru ukur itu telah dapat mengukur "Noah Ark" malangnya mereka tidak dapat mengukur dgn tepat dan lengkap kerana sebahagian darinya diselimuti dengan airbatu dan hanya 20 hingga 30 kaki shj yg terjulur keluar.

Tetapi para saintis/juru ukur itu dapat masuk ke dalam "Noah Ark".Apa yg mereka dapati ialah "Noah Ark" itu diperbuat dari kayu balak purba yg sudah tidak wujud lagi spesisnya di dunia hari ini. Jarak dari satu tingkat ke satu tingkat ialah 12 hingga ke 13 kaki.

* Pengalaman Ed.Davis

"Saya seorg Sarjan Master yg menjaga pembinaan dlm Kumpulan Perkhidmatan Khas Jurutera Tentera di Utara Iran,pada tahun 1943 .Ketika sedang m'geluarkan batu dari kuari..budak berbangsa Qurdish yg menjadi pemandu pasukan saya memandang kaki Mt.Ararat seraya berkata " Ya,disitulah kampung halaman dan tempat dimana org tua saya tinggal.Yang mana di puncaknya pula terdapat "Noah Ark"..dan ayah saya tahu di mana letaknya "Noah Ark" itu".

Saya terkejut dan berkata.."Benar?.. Boleh bawak saya kesana? " Budak pemandu Qurdish itu kemudiannya berjanji akan mengenalkan saya dgn ayahnya.

Suatu hari,budak Qurdish itu membawa ayahnya melawat saya. Dia memperkenalkan ayahnya. Nama ayahnya Abbas."Pada masa ini,"Noah Ark" masih tidak kelihatan. Dan apabila tiba masanya nanti saya akan datang jemput awak.." kata Abbas.

Beberapa bulan kemudiannya Abbas datang menjemput saya."Kita boleh pergi sekarang kalau nak.." kata Abbas. Saya tidak buang masa dan inilah saat2 yg paling saya tunggu.

Kami seramai 8 org mula mendaki Mt.Ararat.Suhu amat sejuk dan tidak pernah seumur hidup saya merasa sesejuk serta seletih itu. Jika saya tahu ianya seteruk ini sudah tentu saya tidak akan mahu pergi.

Semasa kumpulan kami mendaki ke atas, kami berhenti di sebuah telaga. Saya diberitahu Abbas telaga ini dinamakan Perigi Yaakub, memang telah menjadi adat beratus2 tahun Nenek Moyang Abbas akan berhenti di "Perigi Yaakob" berdoa dan meletakkan seketul batu dia atas himpunan batu yg diletakkan oleh orang2 yg menaiki Puncak Ararat sejak zaman berzaman dahulu lagi.

Kami pun meninggalkan "Perigi Yaakob" dan mendaki agak jauh dan melalui satu jalan yg digelar "Pintu Belakang".Itu merupakan jalan "short cut" agar perjalanan kami menjadi lebih cepat.

setelah beberapa hari mendaki Abbas menyuruh kami semua mengikat tali antara satu sama lain.Mereka memberi satu tali panjang yg mempunyai satu tempat utk mengikat pinggang.Kami semua mengikat pinggang kami dan saya berada di tempat ke 5. Dua org Qurdish sentiasa berada di belakang saya seolah2 pengawal peribadi.Abbas telah kehilangan 2 org anak lelaki semasa mendaki dahulu dan sebab itulah beliau sungguh berhati2.

Saya rasa mereka yg lain semua ada p'laman mendaki gunung ini,sebab mereka semua tahu jalan2 yg mereka lalui w'pun keadaan suasana yg gelap.Hanya saya seorang sahaja yg asing dan berbangsa Amerika.

Saya tidak mempunyai sebarang alat khas selain dari barang2 tentera.Saya lihat Abbas dan rakan2nya mempunyai peralatan yg baik dan sesuai. Mereka semua dapat alat itu entah dari mana.

Abbas kemudiannya memberi cermin penutup muka kpd semua. Kami memakainya sepanjang masa.Abbas juga memberi saya 1 keping logam bersinar yg buleh kami gunakan bagi memberi isyarat.Abbas juga memberikan saya 1 lampu suluh yg akan digunakan sewaktu melintasi gua. Saya diberikan wisel utk dibunyikan sekiranya memerlukan sesuatu bantuan dan dilarang sama sekali berteriak dan meninggikan suara.

Kami tidur di dalam tidak kurang dari 6 buah gua. Semasa mendaki, kami hanya memakan bubur. Saya sendiri tidak tahu apa isi bubur itu. rasa2nya seperti daging dan sayur shj. Pada dinding gua itu terdapat lukisan2 purba. Hanya Abbas dan rakannya2 shj tahu apa makna lukisan itu.

Semua org masih terikat dgn tali antara satu sama lain. Malah ketika hendak pergi buang air besar pun kami tidak dibenarkan sekali2 membuka tali.

Cuaca tidak elok semasa kami naik,sentiasa hujan dan berangin. kami berjalan dia atas batu dan ais batu. Terdapat bermacam2 bahaya, kami selalu shj tergelincir dan jatuh. Mereka kata jika berlaku sebarang kematian mereka tidak akan membawa mayat itu turun ke bawah. Sebab itu saya nampak banyak tulang dan serpihan tengkorak manusia di dalam airbatu. [Memang mereka tinggalkan org yg mati di atas gunung itu dan saya tidak tahu mengapa..]

Abbas dikatakan penjaga kepada "Noah Ark" itu semenjak turun temurun. Abbas kata dia tidak suka jika ada org/bangsa asing naik ke gunung itu utk mencari/mengkaji "Noah Ark". Dia kata setiap org yg naik mahu mengopek dan memecahkan mana2 bahagian "Noah Ark" bagi tujuan membawanya balik. Sedangkan org2 Qurdish ini tidak mahu "Noah Ark" itu di apa2kan. Pertama kali saya nampak "Noah Ark", ia seolah2 sebungkah batu biru yg sangat besar. Semakin dekat, barulah rupabentuknya jelas kelihatan. Saya nampak bahagian hujung bahtera itu sudah berlubang pecah mungkin bekas dikapak org.

Saya merasa sungguh kagum dan sedikit kecewa kerana tidak dapat menghampirinya. Hanya tuhan sahaja yg tahu betapa ingin saya menyentuh dan berjalan2 di atasnya. Abbas menerangkan bahawa "Noah Ark" itu mempunyai sumpahannya. Ada sesetengah org yg telah mendapat penyakit jantung serta mati serta merta di dalamnya.

Sebenarnya sebahgian dari barang2 antik muatan "Noah Ark" telah pun diambil oleh nenek moyang Abbas semenjak dahulu lagi. saya sendiri nampak beberapa barang antik berupa mangkuk besar setinggi 2 kaki setengah,pasu,bikar,pinggan yg diperbuat dari kulit kerang,piring pelita,itu dirumahnya. Mereka hanya setakat membenarkan saya tengok sahaja.

Abbas juga menerangkan pada saya,moyangnya telah menjumpai madu di dalam botol sewaktu ekspidisi bersama saintis Turkey. Dan sekarang madu itu telah di hantar ke Switzerland dan disahkan sbg madu asli.

* Kisah ED BEHLING.

Dalam tahun 1973 Ed Behling berada dalam Pasukan Tentera Udara yg. ditugaskan mengawal dan memberi perlindungan semasa pembinaan kem tentera di Diaberker ,kira-kira 100 batu dari tengarra gunung Ararat.. ia mempuyai kawan dari tentera turki Berketurunan Kurdish yg. bernama Mustafa.(sebagaimana yg. diketahui orang kurdish dianggap "penjaga" gunung Ararat,,"Namanya Mustafa dan dia juga seorang askar ketika itu dan saya tak mungkin dapat mencarinya lagi sekarang ini.." kata Edward Behling.

Saya dan Mustafa telah mendaki ke puncak Ararat pada bulan hujung Mei. Sebenarnya Mustafa sendiri pun langsung tidak pernah melihat "Noah Ark" itu sebelumnya,dan dia berjanji memujuk Pakcik saudaranya yg juga bangsa Qurdish agar turut membawa saya bagi tujuan melihat "Noah Ark" tersebut.

Saya tidak membawa 'kamera' kerana diberitahu pakcik Mustafa sangat berbahaya kerana "Noah Ark" itu letaknya bersempadan dgn Russia, sementara saya sendiri pula berbangsa Amerika jika ditangkap tentunya mereka semua akan mendapat susah. seperti yg telah dijangka, pada awalnya Pakcik Mustafa agak keberatan membawa saya ke "Noah Ark",apatah lagi saya ini berbangsa asing.[orang Qurdish sememangnya sukar mempercayai org luar]

Saya betul2 hairan kerana ada satu kumpulan ekspidisi Noah Ark yg bertolak baru2 ini tidak menemui Noah Ark walaupun menggunakan pemandu Qurdish. Dan saya syak mereka sengaja menunjuknya ke jalan yg tidak betul. Percayalah, jika golongan tua tidak merestui nescaya golongan muda yg memandu itu sekali2 tidak akan ingkar. Tidak ada sesiapa yg dapat menghampiri "Noah Ark" tanpa kebenaran golongan tua Qurdish itu.

Setelah bangun awal, Pakcik Mustafa terus membawa kami ke sebelah kawasan gunung. Saya meresakan seolah2 sedang melalui sebuah lorong di celah2 batu dan salji turun dgn sungguh lebat. Pak Cik Mustafa itu seolah2 tahu dgn tepat segala laluan yg dibawanya. setelah beberapa lama berjalan meredah lorong batu saya merasa teramat2 letih dan benar2 berharap mereka akan berhenti rehat dengan tidak semena2 tetiba Mustafa berpaling ke arah kami dan menunjukkan sesuatu saya tengok di satu lurah
50 kaki kebawah, Saya nampak sebuah binaan yang hitam dan besar . Ianya amat besar Salji yang menutup bahagian atasnya telah cair. Bahagian depan Bahtera itu sudah pecah dan berlubang. Saya tidak nampak sebarang pintu.Saya sendiri melihat benda sebesar itu terdampar di puncak Gunung Ararat. Oleh kerana cahaya agak kurang.lubang yang terdapat di bahtera itu tidak kelihatan.

Bahtera itu berwarna hitam.Saya nampak ianya seperti satu kotak besar yang panjang. Saya nampak 150-200 kaki saja,selebihnya badan bahtera itu terkambus dengan salji. saya nampak bahagian hujung bahtera itu sudah dtakuk atau dipecahkan. Ketebalan
dinding kapal itu lebih kurang 18 inci. Selepas memerhatinya, Pakcik Mustafa memberi isyarat untuk bergerak. Kami tak dapat untuk melompat kebawah ditempat kapal berada kerana ianya terlalu jauh. Kami tidak membawa tali , Saya memang nak sangat berjalan diatasnya tapi tidak ada peluang.

* Penemuan Dr Robert Ballard

Sekali lagi cerita dari al-Qur'an terbukti kebenarannya melalui kajian saintifik yang dijalankan oleh barat. Sekumpulan pengkaji ukur bawah air (underwater surveyors) yang diketuai oleh Dr Robert Ballard, yang juga telah menemui Titanic, telah menemui sebuah bangunan lama berusia kira-kira 7500 tahun di dasar Laut Hitam, 12 batu dari pantai Turki. Mereka telah menemui struktur bangunan dari batu dan kayu beberapa ratus kaki dari paras air. Penemuan mereka menjadi bukti terhampir kejadian banjir besar di zaman Nabi Noh seperti diceritakan di dalam al-Qur'an dan juga Old Testament.

Ahli sains percaya penemuan tersebut membuktikan kewujudan sebuah kawasan penempatan yang telah tenggelam disebabkan
banjir besar yang melanda sekitar tahun 5000 sebelum masihi. Menurut teori mereka, banjir besar tersebut disebabkan pencairan glasier dari tanah tinggi di Eropah. "Ia merupakan penemuan yang sangat menakjubkan" kata Dr Ballad di dalam rancangan National Geographic Society bertajuk "Research Ship Northern Horizon".

Beliau menerangkan bagaimana sebuah robot bawah air yang meninjau 300 kaki di bawah paras air telah menemui kawasan segiempat berukuran 12 x 45 kaki persegi di mana terdapatnya sebuah struktur daripada kayu dan tanah liat yang telah runtuh. "Beberapa artifak yang ditemui di situ tersimpan rapi tanpa diusik terdiri daripada bim kayu berukir, beberapa cabang kayu dan peralatan
dari batu yang telah runtuh dan diselaputi lumpur"

kata Dr Ballard. Kumpulan pengkaji Dr Ballard memulakan kajian di kawasan tersebut setelah dua kapal selam pakar geologi dari Universiti Colombia di New York mencadangkan bahawa ia disebabkan oleh banjir besar beribu tahun dahulu. Mereka meramalkan
apabila zaman ais (Ice Age) berakhir 12,000 tahun dahulu, glasier mula menjadi cair. Kawasan timur Mediteranian yang terputus daripada Laut Hitam telah menyebabkan Laut Hitam tidak ditenggelami air walaupun paras air lautan yang lain telah naik. Ini menyebabkan pada sekitar 7000 tahun yang lepas, empangan semula jadi di Bosphorus telah pecah menyebabkan air di Laut Mediteranian melimpah ke timur menjadi Laut Hitam yang sememangnya terputus daripada laut-laut yang lain. Kekuatan limpahan air
tersebut dianggarkan 10,000 kali ganda Niagara Falls.

Mereka mendakwa bukti saintifik menunjukkan bahawa kulit kerang dari kawasan tersebut berusia lebih 7000 tahun manakala yang daripada laut lain berusia sekitar 6500 tahun. Dr Ballard menerangkan "Banyak perkara berlaku telah berlaku apabila air tawar dari sebuah tasik bertukar menjadi air masin sebuah laut 7000 tahun dahulu dan hasil daripada banjir besar tersebut menyebabkan kawasan tanah darat yang sangat luas bertukar menjadi dasar laut".

Dipetik daripada: James Chapman, Daily Mail, UK, 14 September
2000. Jamil Adimin Research
and Graduate School University of Manchester.

* Pengalaman Ahmet Ali Arslan - Ketua Pengarang sebuah akhbar berbahasa Turkey di Washington DC.


Pernah bekerja sebagai juruhebah di stesen radio Suara Amerika.Beliau juga seorang penasihat dan penyelidik kanan Institut Sains dan International Technology-Washington DC. "Keluarga saya dari Aralik yg terletak di kaki Mt.Ararat.Di situlah saya dibesarkan. Semenjak kecil saya telah naik ke gunung itu mungkin telah lebih dari 50 kali termasuklah ekspidisi Navarra

Saya menemani satu rombongan ekspidisi saintist dalam tahun 1989 utk mencari kawasan jurang yg dikenali sbg Lurah Ahora di pinggir gunung itu, Lurah Ahora ini adalah satu lurah yg sangat curam dan bahaya.

Oleh kerana saya seorang wargenegara Turkey maka saya diberi kebenarkan membuat siasatan ke bahagian2 tertentu di Mt.Ararat yg mana dikenalpasti oleh satelit sbg kawasan yg mungkin merupakan kawasan bahtera.

Sebaik sahaja saya dekat dgn kawasan itu lapisan ais yg saya pijak mula bergerak dan saya telah tergelincir sejauh berpuluh2 kaki ke bawah jurang. Mujurlah saya tidak terjatuh ke dalam lubang jurang.

Apabila saya berdiri,dihadapan saya kira 2,100 kaki, saya terlihat satu struktur bangunan yg diperbuat drp kayu. Kira2 beberapa ribu kaki dari puncak gunung. Saya mula cepat2 ambil gambar. Saya yakin itulah The Great Noah Ark yg ada diceritakan oleh kebanyakkan orang. Jika ada pembaca yang ingin mendapat maklumat lanjut bolehlah menghubungi Dr Ahmet Ali arsan dialamat 9430,Cloverdale Court, Burke, Va 22015, Amerika Syarikat.


Kenyataan dan Persoalan dari artikel/catatan pengkaji sejarah:

* Maha Suci Allah yang telah menentukan Bahtera Nabi Nuh AS ditempatkan diatas Gunung Ararat (Gunung Kesengsaraan) yang mana ianya menyukarkan para pengkaji dan saintis untuk merosakkan Bahtera tersebut dan satu dari pada kesan sejarah Islam yang terulung memerlukan keredaan Allah untuk dikaji.
* Beberapa saintis barat diberi hidayah Allah untuk mengakui kebenaran Islam melalui penemuan Bahtera Nabi Nuh AS yang juga mengiakan Kalam Allah yang termaktub dalam Al-Quran.
* Dan juga beberapa saintis barat yang menafikan Bahtera Nabi Nuh AS justeru ingin terus merosakkan.
* Kenapakah beberapa badan siasatan merahsiakan penemuan Bahtera Nabi Nuh AS dan bukti disimpan oleh Pentagon yang juga ingin merahsiakan misteri-misteri penemuan seperti Piramid, Kewujudan UFO, Penangkapan Makluk Asing, Misteri Segitiga Bermuda dan beberapa misteri yang masih disembunyikan dari umum.

Monday, April 6, 2009

HARI INI MENGUNDI.

Akan tercatat di dalam sejarah, penentuan 3 pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Kemenangan akan ditentukan oleh para pengundi kawasan masing - masing.
Parti yang berlawan telah mengemukakan pelbagai strategik samada secara benar atau salah untuk memastikan kemenangan calun masing - masing. Ada yang berhujah atas prinsip kebenaran. Ada yang menyalahgunakan kuasa, menipu, memainkan propaganda palsu. Yang penting hanya kemenangan. Rasanya tidak perlu dituding jari ke arah mana, bolehlah kita berfikir sendiri.
Kemenangan calun adalah segala - galanya, biarpun seribu kemungkaran dilakukan. Mungkin ada parti yang berprinsip seperti janji menang.
Melantik pemimpin adalah kewajipan umat. Di Malaysia, konsep demokrasi diamalkan. Malangnya konsep ini telah diputarbelitkan sehingga tidak peduli halal atau haram.
Di dalam hukum fekah, setiap ayam yang disembelih dengan cukup syaratnya, sah dimakan. Tetapi adalah kewajipan kita memastikan ayam tersebut bukannya haram, seperti ayam curi.
Begitulah memilih pemimpin. Dengan kuasa rakyat yang semakin tipis, rakyat berhak memilih pemimpin berasaskan pribadi pemimpin tersebut. Adakah pemimpin itu layak untuk memimpin dan mempunyai pribadi yang baik. Pemimpin yang berakhlak buruk akan cenderung berbuat kezaliman dan menyeleweng. Pemimpin seperti ini cenderung menggunakan kuasa untuk kepentingan pribadi. Ini yang perlu difahami.
Jangan taksub kepada parti, parti hanya wadah. Cuma secara logiknya, parti yang penuh rasuah akan didokongi oleh perasuah. Parti yang menghargai Islam akan dipenuhi oleh pejuang Islam.
Setiap pilihanraya nescaya pejuang Islam tidak boleh bersekongkol dengan perasuah. Di zaman teknologi moden, berita tentang pribadi dan akhlak seseorang mudah diperolehi. Jadi nilailah sendiri.
Undi adalah amanah yang perlu dipenuhi. Jika diberi kepada perasuah, kita bersubahat dengan perasuah. Sanggupkah kita bernaung di bawah panji - panji perasuah di Padang Masyar kelak. Mampukah kita menipu Allah atau menipu para malaikat. Undi kita melambangkan keinginan kita dan impian kita. Layakkah kita dimasukkan ke dalam syurga sekiranya kita menyokong perasuah dan orang zalim. Walaupun Allah maha pengampun, namun kita diberi pilihan.
Undilah dengan penuh bijaksana, calun yang mampu mengubah Malaysia ke arah kebaikan. Bukannya kehancuran dan menambahkan kezaliman.

Sunday, April 5, 2009

7HB APRIL, HARI MENGUNDI

Tanggal 7hb April 2009 ini akan kita ketahui keputusan Pilihan Raya Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
Kini kesemua parti beirtanding bekerja keras bagai nak rak untuak membastikan kemenangan calun masing - masing. Propaganda dan Perang saraf tengah hebat, pelbagai teknik digunakan.
Tidak salah berpropaganda tetapi jika melampaui batas agama dan nilai moral manusia,rasanya perlu difikirkan.
Provokasi yang melampau juga menjadi kebencian Allah. Dari analisis jelas bangsa Melayu yang menganggap Islam sebagai terasnya, tidak memahami Islam yang sebenarnya. Tektik memburukkan insan lain tanpa batasan, perkauman, semangat asobiyyah jelas ditunjukkan. Ini membuktikan pegangan umat Melayu kepada Islam bukan kerana ilmu tetapi kerana warisan semata - mata. Di dewakan pemimpin walaupun kita tahu kesalahan dan kesilapan seolah - olah menjadi dewa. Diolahkan berita palsu menjadi benar. Disemarakkan semangat perkauman untuk kemenangan. Salah guna agensi kerajaan untuk memastikan kemenangan. Pengundi dirasuah demi kepentingan parti. Dan tidak kurang juga tektik menggugut digunakan.
Begitulah, umat Melayu yang Islam ini, untuk kepentingan dunia yang sedikit mereka sanggup membuat apa sahaja. Kerana hendak memastikan kemenangan. Dengan kemenangan mereka akan mendapat laba besar.
Kepada para pengundi, mengundilah dengan ilmu. Letaklah ilmu ditempat yang sepatutnya. Jangan terpengaruh dengan habuan yang sedikit dan propaganda murahan. Jangan gadaikan agama dan maruah bangsa kita. Mengundi untuk mencari pemimpin seperti yang digariskan oleh Islam, itulah yang sebaiknya.